Hiburan

Habis Madu Sepah Tak Habis2...

Ahad, Jun 26, 2011 Mahamahu 0 Comments

Itu lah satu ungkapan keramat yg telah membuatkan tuah kepada kumpulan Sepah dalam program Maharaja Lawak ASTRO. Tahniah kepada kmpln Sepah atas kejayaan yg telah di perolehi sebagai juara Maharaja Lawak buat pertama kali. Hadiah cukup lumayan yg di terima itu hasil dari kutipan bill ASTRO yg akan meningkat kot, patut beria-ria nak naik harga opssss....
Tapi semua peminat memang boleh lihat lah statistik kumpulan Sepah ini setiap minggu tidak pernah kering gusi dengan idea2 yg cukup hebat untuk menghiburkan peminat semua. Memang layak lah kumpulan Sepah menjulang piala juara Maharaja Lawak. Bukan kumpulan lain tak hebat atau tak bagus tapi mungkin persembahan yg tidak konsistent setiap minggu membuat peminat tidak mengundi. Tapi ini satu keputusan yg agak mengejutkan juga tapi memang dah agak.


Kumpulan yg mungkin ramai meramalkan akan menang pada malm itu iaitu Jozan tidak juga berjaya mengalahkan kumpulan Sepah. Jozan sentiasa mendapat undian tinggi setiap minggu apabila keputusan di paparkan membuatkan peminat mengagak kumpulan ini akan menjadi juara. Namun mungkin bukan rezeki meraka tapi tetap Jozan menghiburkan. Peserta lain juga cukup hebat iaitu Jambu dan Nabil tahniah buat semua.

0 Pandangan: