Laporan

ASTRO Tetap Berdegil

Rabu, Jun 22, 2011 Mahamahu 6 Comments

Hari kemarin terima satu surat daripada ASTRO ingat surat dapat hadiah ker atau dpat percutian mana2 ker. Rupanya seperti surat amaran bahawa bil ASTRO akan meningkat serta merta. Dahulu aku melanggan pakej biasa dan tambah pakej Mustika semua sekali RM62.90 ok lah tak kisah memadai. Tapi sekrang setelah penyelarasan dan peningkatan harga pakej maka aku kena byr RM68.90.  Knp masih ada peningkatan ini sedangkan pihak kerajaan telah mebincangkan di parlimen isu ini dah tidak dibenarkan ASTRO untuk membuat peningkatan kadar harga pakejnya. Masih tak jelas lagi ker atau pihak ASTRO ini memang keras kepala.

Ini adalah salah satu punca kepada peningkatan taraf hidup bujang di kotaraya ini. Kerana mahu memenihu kehendak nafsu semata2 terpaksalah menangung segala beban dan hutang akan makin meningkat. Sungguh tak tahan lah mcm mana ni baru plan nak beli rumah tapi dah kena byr ASTRO lak aduhhhh... Dalam surat tu astro ada menyatakan.

"Dukacita dimaklumkan, akibat tekanan kos yang berterusan, termasuk kos kandungan global dan tempatan serta hak-hak siaran, harga pakej-pakej tertentu akan disemak, termasuk pakej langganan anda...."

Dia kata peningkatan itu adalah cas perkidmatan yg ditawarkan oleh pihak ASTRO. Perkhidmatan apa kalau siaran sentiasa terganggu dan juga kadang2 putus gelap tidak dpt siaran. Pastu bila mengadu katanya tukar kepada ASTRO Byond. Tahu ASTRO Byond sebulan kena tambah cas RM20.00 lagi yer semata2 nak dpt tayangan yg lebih jelas dan tanpa gangguan. Kalau nak naik harga pun pastikan lah bahawa rancangan yg ditayangkan semua berkualiti dan tidak byk siaran ulangan, ini tak boleh katakan hampir 60% rancangan dlm ASTRO adalah siaran ulangan semua channel ada. Aku tahu lah ASTRO ini adalah satu tv berbayar tapi jng sampai tahap nak ‘mencekek darah’ rakyat yg hidup dalam tahap sederhana dan rendah ini.  



Aku setuju sgt kata seorang ahli parlimen dalam Dewan Perlimen baru2 ini, dimana ‘Robohkan monopoli ASTRO’. Maksudnya jng biar siaran berbayara ini hanya di kuasai oleh ASTRO semata2 kerana itu akan mengakibatkan mereka sesuka hati untuk menaikkan harga dan rakyat yg terpaksa menanggung beban. Tapi ikut cara syarikat telekomunikasi kita dimana ada byk pilihan dan kerana terlalu byk tawaran maka harga akan diturunkan dan pengguna mendapat faedahnya. So lepas ini kena byk lagi syarikat buat siaran tv berbayar ini agar menjadi saingan kepada ASTRO dan dengan itu harga lebih murah dan perkhidmatan lebih bagus
Mungkin tiba masa Media Prima buat satu television berbayara untuk menyanyingi ASTRO dan memberi khidmat lebih bagus. Sebelum ini kita pernah dgr pasal MetroTV kan tapi sekejap jer lepas tu bankrup. Ada lah tv internet daripa TM dalam pakej Unifi itu satu juga perkhidmatan tapi tidak cukup untuk menyayingi ASTRO. Tolong kami mangsa keadaan ini terasa tertekan sgt dengan peningkatan taraf hidup ini.

6 ulasan:

  1. itu pasalah aku tak pakai astro.. tengok kat youtube je...he3,,


    aku pun geram gak , menyusahkan mak aku kat kampung je,...ape ni, kadar naik lagi, bebal ke astor ni,


    rancangan dah ler repeat2 aje, then slalu problem, what the pigggg!!! rubish

    sepatutnya astro kene bijak and jage hati pelanggan,

    btw, jom tubuhkan syarikat untuk tv berbayar...ha3

    BalasPadam
  2. caj reconnection tu yg x tahan, smp rm20 wooo... slalu kene caj nie..

    BalasPadam
  3. makcik kena kiv tunggu cheap sale kalu nak ada ..

    BalasPadam
  4. masalahnya, syarikat mana yang nak buat business TV berbayar? MegaTV dah bankrap, EyeTV dah bengkrap.. hishhhh

    BalasPadam
  5. terpaksa jugak langgan, sbb kawasan rumah aku klu takde astro, jgn harap dpt tgk tv..... huhu

    BalasPadam
  6. jom boikot / potong ASTRO

    BalasPadam