Kempen

Anda Mampu Mengubahnya..

Rabu, Jun 01, 2011 Mahamahu 4 Comments

Peningkatan kadar tariff elektrik sedikit sebanyak akan mengakibatkan kenaikan perbelanjaan seharian kita dengan itu kos hidup pun akan meningkat walaupun pada kadar yg tidak tinggi tapi lama kelamaan ia akan menjadi satu beban. Menyalahkan pihak kerajaan tidak boleh juga kerana penyelarasan subsidi patutnya lama dah dibuat demi menjaga company2 GLC ini dari bankrup. So kita selaku pengguna harus menjadi pengguna bijak mcm mana ada sedikit tips yg boleh aku kongsikan dalam penggunaan elektrik harian kita.
Tips2 meminimumkan penggunaan elektrik.

1) Gunakanlah cerek dapur gas untuk memasak air di rumah jng gunakan ‘water heater’ kerana ia byk menggunakan tenaga elektrik.

2) Gunakan juga dapur gas daripada menggunakan dapur elektrik kerana ai juga punca kepada peningkatan kadar elektrik harian kita.

3) Sesudah menggunakan barang elektrik pastikan kita menutup semua suiz yg menyambungkan barang elektrik tersebut dan jgn hanya meng’off’ kan sahaja barangan itu.

4) Jgn gunakan pemanas air untuk mandi lebih baik masak air apabila hendak mandi air panas kerana itu dapat mengurangkan penggunaan elektrik.

5) Pastikan kita tidak meletak barangan panas yg baru lepas dimasak kedalam peti sejuk, biarkan makanan itu dalam suhu bilik barulah dimasukan kedalam peti sejuk.

6) Pastikan kita tutup rapat pintu peti sejuk dan jng bukak selalu pintu peti sejuk anda kerana ia akan menggunakan tenaga yg tinggi untuk menyejukkan semula peti itu.

7) Seterika baju seminggu sekali dan seterika byk baju sekali untuk satu masa. Contoh baju kerja anda seterika semua baju yg hendak digunakan dalam seminggu pada satu masa supaya tidak digunakan seterika itu tiap2 hari.

8) Barangan elektrik yg menggunakan charger seperti telephone bimbit dan juga laptop hendaklah dicas bila perlu dan sesudah cas off suiznya. Jangan pasang charger berterusan semasa anda menggunakan barang elektrik tersebut ia akan menyebabkan pengaliran elektrik berterusan tanpa kawal.

9) Kurangkan penggunaan barang dapur berunsurkan elektrik seperti blander, pemanas roti dan lain2. Sebaiknya gunakan cara tradisional walaupun ia agak lambat tapi lebih jimat.

10) Pastikan bahawa tidak menggunakan aircond dan gunakanlah kipas biasa atau kipas pakai tangan jer lagi jimat ok.

Kita tidak boleh mengelak untuk menggunakan barangan elektrik kerana ia sudah menjadi kebiasaan dan juga memudahkan kerja kita. Namun dalam keadaan peningkatan tariff elektrik ini kita mampu mengawal penggunaannya agar tidak berlebihan untuk penjimatan bersama. Selamat berblog…

4 ulasan:

  1. hahaha realitinya, benda2 cenggini hanya untuk orang-orang yang tidak kemampuan aje or cukup2 makan aje untuk hidup.

    as for wealthy person, elektrik naik ka, minyak naik ka, air naik kaa, rumah naik ka, apa2 naik diorang peduli hape kan???

    terutamanya pemimpin. cakap senang la kan suroh orang pakai kipas instead of air cond. ce tengok pejabat diorang air cond ke kipas?? pakai suit lengkap nak pakai kipas??

    realiti vs. omong2 kosong. pemimpin sila buka mata luas2 sebelum berkata-kata

    p.s: just my 2 cents only

    BalasPadam
  2. haha bagus laa tips2 ini...realiti kita yang tersempit pemimpin yg bersenang lenang...penah baca tentang gaji sebenar pengarah TNB??? isu hot...cari laa kalu nk tau :)

    BalasPadam
  3. betol tu..stuju !!

    BalasPadam