Aktiviti

Mini Aquaria

Isnin, Mei 30, 2011 Mahamahu 8 Comments

Bila lihat ikan ni kata org jiwa akan tenang jer bila tgk binatang ini berenang sungguh relax tanpa tiada masalah bagaikan dunia ini semua milik mereka. Maka untuk rasa ketenangan itu pergi lah, bukan pergi Aquaria kat KLCC tu tapi pergi beli ikan sendiri dan buat aquaria mini kat rumah hehehe.. Nak beli ikan murah dan byk pilihan mana lagi kalau bukan Jalan Pasar KL. Kat situ rambang mata gak tgk ikan2 mcm2 jenis dan cantik2 belaka.
Memang dah lama plan nak beli akuarium sendiri dan letak kat sudut tepi ruang tamu maka hari minggu ini hasrat tercapai untuk membeli. Pergi sana dan juga mula memilih akuarium tak besar cuma kecil jer janji ada kat rumah sendiri. Semua sekali beli aquarium, gas udara, penapis, dan juga termasuk batu2 serta pasir dan klorin punya cecair habis dalam RM60.00 jer. Boleh lah sapa2 nak beli cari kat jalan pasar memang puas hati hehehe..
Lepas tu cari ikan lak kat situ memang byk sgt pilihan dan bebagai jenis. Ada ikan laut, ikan sungai, ada udang, kura2 dan mcm2 lah kalau nak try bela.. Aku pun membeli lah sejenis ikan nama aku tak ingat sepasang ikan buntal dan juga ikan lampang harimau kot sebab ada belang2. Dan juga sepasang ikan DBKL hehehe aku tak sure nama dia cuma kerja dia sedut lumut kat dinding aquarium sebab tu panggil ikan DBKL.
Dah penat membeli belah ikan penuh excited ni blk rumah dan mulakan pemasangan. Selepas siap pasang dan hiaskan aquarium tu maka masukkan ikan. Tapi yg sedihnya terlupa lak nak beli makanan ikan ayiooo... Terus gegas mencari makanan ikan serata Bukit Jalil dan malang tiada jual kat satu kedai pun sedih.. Akhirnya bertekat ke jalan pasar semula untuk membeli makanan ikan semata. Buang masa dan tenaga betulkan nak buat mcm mana dah excited sgt sampai lupa beli makanan ikan...




8 ulasan:

  1. wahhh..dah advance nih...

    yeahaaaa.... baru first time aku tgk org bela ikan buntal..ahaks...mesti comey kn..

    klu beli ikan kat area kL..kena panggil ikan DBKL..klu beli kat shah alam??nk kena pggil ikan DBKL jugak kew??ikan MBSA okey tk??

    BalasPadam
  2. best .. tngok ikan brenang + menari2 dlm aqurium.. hehe

    BalasPadam
  3. ikan buntal tu namanya buntat kalau nak tau..hikhik..
    kalau tgk gelagat diorang ni sgt lucu di dalam air..muka yg comel mulot yg kecik..kekeke..

    BalasPadam
  4. wahh cam besh jgk je..wat yaya pon nk wat mini aquarium kt uma..hihi..^_^

    BalasPadam
  5. takpe..berbaloi ble dpt tgk ikan berenang..hihihi

    BalasPadam
  6. sy suka ikan...murahnya rm60..beli katne?

    BalasPadam
  7. seronok kan...kebetulan, aku baru setle deko2 kan semule aquarium aku, tukar pasir and tambah ikan2 baru, nanti aku masukan dalam blog :)

    kalau kau nk cantik ko nyer aquarium,. ko letak pasir hitam, kat area , pasir hitam tu rm 4 ringgit untuk 1 KG, aku beli 4 KG, pun dah cukup, tapi nak kasi menarik lagi aku nk tambah lagi 3 kg, memang smart, suke aku tengok...


    aku pun nak cari lagi ikan2 kecik yg menarik dan unik, kalau ade temapt yang ko rase murah ko inform ek selain jalan pasar.. :)

    BalasPadam
  8. mak aih murahnye rm60 je? lamaaa tak pegi jalan pasar. last ke sana cari apa ek lupe lak.

    BalasPadam