Aktiviti

Kecoh Di Majlis Konvokesyen...

Selasa, Mei 03, 2011 Mahamahu 4 Comments

Mesti ramai nak tahukan apa kekecohan yg melanda pada hari konvokesyen tu kan. Biasalah org kita gosip2 dan isu2 panas mcm ni mesti jadi buruan hehehe.. Tu nanti aku cite ok sekarang nak wish tahniah kepada my best friend forever juga seorang blogger, tak lain tak bukan aizoul.blogspot.com. Semoga kejayaan akan sentiasa mengiringi beliau dalam semua bidang yg diceburi di dunia sehingga akhirat.
Dewan MAEPS Serdang
Aku sebagai housemate menjadi tetamu beliau pada mlm itu untuk sama2 meraikan kejayan beliau di majlis konvokesyen yg telah berlangsung pada 2 Mei 2011 hari Isnin lepas. Bertampat di sebuah dewan yg cukup gah di MAEPS Serdang cukup membuat setiap ibubapa yg hadir gembira melihat anak2 meraka berjaya. Yg special majlis konvo kesyen ini di raikan bersama dengan majlis makan mlm, yg tu ada kurang sedap sikit. Tu nanti last aku cite ok.
Bergambar bersama VVIP
Sekrang nak tayang gambar2 yg sempat di ambil pada majlis beliau mlm itu. Walaupun kuantiti tidak begitu ramai tapi majlis tetap berjalan lancar. Selalu majlis konvokesyen yg aku pernah pergi mesti lama dan agak bosan tapi yg ni simple dan cepat sebab tak ramai studentnya. Konvokesyen beliau pelajar ILP di bawah kursus SDLN kelolaan Kolej Empayar Putra Bangi bersama pelajar2 daripada kolej tersebut lebih kurang dalam 80org. Tahniah sekali lagi kepada kawn ku dan jng berhenti untuk menuntut ilmu di peringkat yg lebih tinggi di dunia yg semakin mencabar ini ok.
Rakan2 beliau yg sama berkonvo
Aizoul dgn blogger Cimolifestyle
Namun dalam kerancakan majlis berlangsung ada sedikit kekecohan berlaku pada mlm itu. Majlis konvo itu diadakan bersama dengan makan mlm yg diuruskan oleh pihak kolej tersebut. Setiap pelajar dikenakan bayaran RM300 untuk jubah, sijil, dan juga makan mlm agak boleh tahan. Tapi kecewa kerana makan yg disediakan tidak mencukupi malah ada barisan graduan dan juga ibubapa yg dtg dari jauh tidak dapat mkn pada malam itu. Ada setengah hadirin tidak berpuas hati dengan pengurusan dan juga sedikit pertelingkahan berlaku. Namun tiada apa jawapan daripada pengurusan bila ditanya kenapa makanan tidak mencukupi malah mereka terus mendiamkan diri. Itu yg membuatkan segelintir ibubapa tidak berpuas hati. Diharap pihak pengurusan dapat mengambil iktibar daripada trajedi tersebut. Jng hanya nak untung sahaja malah perlu fikir hati dan perasaan org yg dtg dari jauh utk meraikan anak2 mereka.
Hadiah khas untuk Aizoul...


4 ulasan:

  1. ***rebahhhh n fengsan dgn linagan air mata

    BalasPadam
  2. buat kat maeps rupanya..

    BalasPadam
  3. pehh..tiba2 teringat time konvo dgree 5bln yg lalu...yeayy...suke sgt2..tahniah bro..

    BalasPadam