Pengumuman

Hari Merayakan Guru

Ahad, Mei 15, 2011 Mahamahu 4 Comments

Selamat hari guru kepada semua guru2 seluruh Malaysia. Semoga jasa anda akan terus menjadi kejayaan kepada anak bangsa yg mahu mencari kehidupan lebih gemilang. Kepada anak2 semoga terus mengingati mereka kerana tanpa mereka siapa kita yg berjaya sekrang. Terima Kasih guru ku. Bila sebut hari guru teringat masa zaman2 sekolah dulu masa menyambut hari guru di sekolah. Menyanyi, membuat persembahan dan paling menarik bagi hadiah pada guru kesayangan kita. Bukan hadiah besar pun cuma bungkus sabun mandi mahupun cawan atau pen sebatang tanda penghargaan kita kepada cikgu yg kita sayang. 

Gambar zaman sekolah menengah masuk majalah sekolah.
Memang best zaman kanak2 dulu sehingga ada yg bercita nak jagi guru kerana nak dpat hadiah byk sempena sambutan hari guru setiap tahun. Kelakar dan mcm2 perangai zaman kanak2 zaman nak mengenali dunia dan zaman nak belajar semua dari guru. Aku pun pernah bercita2 nak jadi guru juga kerana masa sekarang nasib guru cukup terjamin dan masa depan guru lebih cemerlang. Selamat hari guru kepada semua guru2 ku dari Sekolah Kebangsaan Jengka 19 dan Sekolah Menengah Kg Awah serta Sekolah Menengah Teknik Temerloh semua di negeri kelahiran ku Pahang Darul Makmur.



4 ulasan:

  1. memang beso pengorbanan guru itu..kalau tidak, masekan kita boleh ingt jasa guru kite sampai skrng kan? heh

    BalasPadam
  2. macam dekat kg siti je.

    BalasPadam
  3. jasa guru dikenang sehingga ke akhir hayat...
    http://azlinahamdanstory.blogspot.com/2011/05/selamat-hari-guru.html

    BalasPadam
  4. selamat hari guru kepada semua guru dan bakal guru di dunia ini :)

    BalasPadam