Makanan

Jilat Mayo Atas Badan....

Khamis, April 14, 2011 Mahamahu 8 Comments

Kalau makan bugger mesti ada mayo. Makan sandwich pun ada mayo baru rasa lebih sedap. Cuba kalau mayo sapu kat badan jilat pun sedap kan hehehehe tak senonohlah aku. Bukan nak buat korang rasa loya tapi nak share sikit kebaikan mayo. Penuh protein sebab dibuat daripada telur, yg penting sebenarnya mayo mampu untuk melembabkan kulit termasuk kawasan siku, buku lali dan byk lagi. Cara penggunaan kena sapu pada bahagian tersebut tak caya cubalah.


Dalam masakan juga mayonis byk digunakan untuk menambah perisa dan juga penambah selera. Kalau tgk rakyat negara barat byk makan mayonis dalam masakan mereka kerana ia menjadi tabiat dalam permakanan. Namun kat negara kita juga sudah byk masakan guna mayo seperti salad. So kali ni nak buat satu salad sihat dan sedap dinikmati oleh semua bila2 masa. Jom cuba.

Salad Mayo Termpura

Bahan2nya...

Setengah Biji Epal Hijau
Setengah Biji Tomato
2 Helai Daun Salad
2 Biji Termpura Ayam
1 Batang Hotdog
1 Sudu Mayonis
Sedikit lada hitam


Cara2 penyediannya cukup mudah dan pantas. Mula2 goreng tempura ayam dan juga hotdog yg telah dipotong kecil. Pada masa sama potong salad, tomato dan juga epal hijau. Masukkan kedalam mangkuk bersama dengan tempura ayam dan juga hotdog yg telah digoreng tadi. Akhirnya masukkan mayonis dan gaulkan rata, untuk menambah kesedapan rasa tambah lada hitam. Sudah boleh dihidangkan untuk seorang. Yummy Yummy... Selamat mencuba...

8 ulasan:

  1. okey skung ak dh lapa. huhu..

    BalasPadam
  2. eh memang suka makan mayo.... kalau tak ada mayo rasa tak selera nak makan..... nanti leh cuba resepi baru tu....

    BalasPadam
  3. emm boleh cuba utk saya yg kurang gemar mkn sayur ni...mah@mahu,words verification kat ruang comment ni kalau boleh buang bg mesra pengomen..tp kalau tk suka tk apa :)

    BalasPadam
  4. bunyik cam sedap jeee . dah try ? sedap tak ? hohohoo

    BalasPadam
  5. memang sedap dapat jilat mayo atas badan..deliciousssss bak kata zuzu...

    BalasPadam