Bunga

Bunga Ros Jepun Ada Kesan Radiasi?

Khamis, April 21, 2011 Mahamahu 5 Comments

Alamak biar betul ada ker...?? Tak adalah ini semua cuma gosip jer hehehe tu hanya nama bukan ada pun. Padahal bungan ini sudah lama ada kat Malaysia mcm mana leh kena radiasi. Namanya memang unik sebelum ni mengenali tumbuhan ini hanya dengan nama kampung Pokok Bunga Pukul 10. Ye lah mana tak nya bunganya kembang menjelang pukul 10 pagi sungguh cantik dan warna-warni.

Ros Jepun merupakan sejenis tumbuhan hiasan yang digemari ramai kerana bunganya yang menarik dan penjagaannya yang mudah. Ia merupakan sejenis tumbuhan herba yang merayap dan menyukai tanah yang poros dan bersaliran baik. Ia mudah membiak melalui jalaran akar dan boleh dibiakkan melalui keratan batang. Ia akan mengeluarkan bunga yang banyak jika mendapat pendedahan sepenuhnya kepada cahaya matahari. Daunnya berwarna hijau tetapi akan bertukar menjadi keperangan jika mendapat cahaya matahari yang berlebihan.
Dari segi rawatan sebenarnya pokok ini boleh digunakan untuk memberi rawatan rigan. Dimana daunnya boleh digunakan untuk merawat luka ringan dengan cara dihancurkan dan ditampal pada bahagian yang luka. So jng bimbang ok pokok ini tak ada kesan radiasi langsung cuma nama dia jer ada nama Jepun, mungkin dulu masa mula2 ia dibawa adalah dari negara matahari terbit itu kot tak tahu lak..




   

5 ulasan:

  1. seriusly??? takper,nak selamat pakai bunga ros italy pulak..hehe
    ader ker?

    BalasPadam
  2. x tahu sangat pasal bunga la..
    hehehe..
    kat rumah ada bunga plastik jer..

    BalasPadam
  3. bungga yg mak aku tanam dpn rumah

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama22 April, 2011

    ooo.. sy suka bunga ni sbb senang nak jaga, dan warna bunganya pun menarik!

    BalasPadam
  5. xtau plak pokok bnga ni ad khasiat trsndri.. kat asrama dlu bnyak la kne tanam.. pkul 10 je trun bwah cs nk tgk dy kembang.. lawa sgt! ^^

    jemput singgah ANASAURUS :)

    BalasPadam