Aktiviti

Propaganda Siti Zubaidah !!!

Sabtu, Mac 12, 2011 Mahamahu 1 Comments

Sinopsis

"Zainal Abidin Shah, Raja Muda Negara Kembayat telah berkahwin dengan puteri Zaharah. Namun begitu dalam perjalanannya melihat sekitar daerah jajahan, dia telah bertemu dengan seorang gadis yang sangat cantik dan mempunyai suara yang sangat merdu dan membuatkan hatinya terpikat. Ketika itu beliau bersama sahabat sahabatnya berada di sempadan daerah terpencil di beri nama Pulau Pelangi. Siti Zubaidah di lamar dan di kahwini serta di bawa pulang ke Negara kembayat. Dalam pada itu Sultan Zahim Shah telah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada anak penghulu Sitara yang di tuduh menipu dalam satu urusan jual beli. Ini telah membuatkan Dato penghulu Sitara kecewa dan mengambil keputusan meminta bantuan Negara Silantra untuk membalas dendam" 

Apakah kesudahan nasib Siti Zubaidah? Jng lupa saksikan tayangan perdana teater bangsawan ini pada 18-20 Mac 2011 di Panggung Bandaraya DBKL dengan tiket hanya RM5 seorang cukup murah dan berbaloi.

1 ulasan:

  1. teater nie banyak kontroversi.. selalu kluar kat melodi..

    BalasPadam