Promosi

Tahun Baru Yg Seram 2011

Selasa, Januari 04, 2011 Mahamahu 3 Comments


Setiap tahun kita akan sambut tahun baru dengan kegembiraan dan juga keseronokan. Bunga api sana dan juga konsert menjadi hiburan. Segala di sambut penuh keriangan tanpa rasa duka walaupun tahun 2010 ditinggalkan penuh cerita. Namun dalam kegembiraan kita ada juga kisah seram di sebaliknya. Bukan lah kisah seram yg benar tapi ini adalah kisah seram di pawagam kita. Sempena dengan sambutan tahun baru 2011 kita di sambut juga dengan tayangan cerita2 seram. Mcm dah jadi trand semenjak cerita seram mula melanda kini mcm menjadi kemestian setiap produksi akan menerbitkan cerita seram juga.


Bermula dengan cerita "Janin" terbitan Grand Brilian Sdn Bhd lakonan mantap dari Siti Shahrezah (eja) berganding dengan Hairi Othman serta berberapa bintang veteran menjadi filem ini begitu sinonim dengan kisah masyarakat kita. Berkaitan dengan kepercayaan karut dan juga tahyul untuk mencapai sesuatu yg di ingini. Akhirnya apa yg di bela itu memakan diri sendiri. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh saksikan sendiri di pawangam masih ada lagi tayangan.


Selepas itu pulak kita di sorotkan dengan cerita seram arahan pengarah popular Ahmad Idham dibawah terbitan MIG company Devid Teoh lahhh. Sebuah filem seram "Damping Malam" lakonan sendiri pengarahnya dan juga bersama penyanyi Amy Mastura menjadikan filem ini ada sedikit kelainan. Ia membawa kisah kepada kehidupan yg nyata didunia ini. Kerana tertalu taksub kepada ilmu dunia sahaja tiada pegangan agama yg cukup boleh menjadikan kita terganggu dengan emosi sendiri. Namun jalan cerita yg lebih jelas serta ada babak2 yg menjadikan ia lebih menarik. Maklumat lanjut boleh tonton di panggung sekarang.


Terbaru dan bakal menjengah panggung pada petengahan bulan ini adalah sebuah filem dari produksi yg selalu dikaitan dengan cerita2 cinta jiwang dan juga masalah sosial. Namun kini telah beralih arah dan mencari kelainan dari arahan bapa dan kini turun ke anak. "Kurafat" sebuah lagi filem ke 4 arahan Syamsul Yusof di bawah terbitan Skop Production. Filem seram pertama arahan anak muda ini menampakkan kesan yg realistik dan juga boleh dibanggakan. Sebuah filem berkaitan kisah kehidupan manusia yg sering tidak puas dan saling dengki-mendengki sesama sendiri sehingga sanggup menggunakan cara kotor. Lakonan sendiri Syamsul Yusof bersama Liana Jasmay dan juga Sabrina Ali menjadikan cerita ini lebih menarik dan lebih seram. Kalau nak tahu kena tonton sendiri dipawagam pada 13 Jan 2011..

3 ulasan: