Aktiviti

Explorace Kembali Lagi Pusing2 KL

Rabu, Januari 26, 2011 Mahamahu 8 Comments


Menara Kuala Lumpur (MKL) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan mengadakan "1Malaysia Kuala Lumpur Heritage Xplorace 2011" pada 26 Februari 2011, dengan sokongan penuh daripada Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan. Penjelajahan ini akan membawa para peserta ke seluruh kawasan persekitaran Kuala Lumpur sejauh 15 km untuk mencari jawapan bagi soalan-soalan yang berkaitan dengan budaya dan warisan.

Sasaran utama acara ini adalah golongan remaja, keluarga dan media. Ianya terbuka kepada 2 orang  peserta bagi setiap kumpulan. Peserta harus  berumur 18 tahun ke atas. Tetapi, sekiranya terdapat peserta yang berumur kurang daripada 17 tahun, pasangan haruslah berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai hubungan persaudaraan seperti ayah & anak, emak & anak, adik & abang, adik & kakak dan sebagainya.
Penyertaan adalah terbuka kepada 200 kumpulan yang terawal mendaftar.Setiap kumpulan akan dikenakan yuran pendaftaran sebanyak RM50.00 bagi  warga Malaysia dan RM100.00 untuk  warga asing. Peserta akan menerima air mineral, tuala kecil dan sehelai t-shirt.

Borang penyertaan boleh di dapati di Menara Kuala Lumpur dan Muzium Telekom mulai 24 Januari 2011. Anda juga boleh layari  laman web kami di www.menarakl.com.my atau hubungi kami di talian 03-20205444 / 03-2020 5448 untuk sebarang pertanyaan.



   

8 ulasan:

  1. nanti kuar kat tv, boleh cube tengok nih..

    BalasPadam
  2. Terima Kasih sebab kongsi maklumat disini

    BalasPadam
  3. me memang minta rancangan ni--semua season me tgk :)

    nak mintak tlg vote kalau sudi. tq in advance yer
    tlg vote utk MZ!

    BalasPadam
  4. gile babeng lame takde bende alah ni. asek kene tengok omputih punye je, bosan gak kan.

    BalasPadam
  5. hah! thanks! memang nak masuk la!
    sebelum ni mengidan amazing race.haha!

    im already followed your blog!
    and if u think my blog interesting, u can do the same thing!
    And don't forget to leave comment about my post.

    Oh Speed Trap!

    BalasPadam
  6. Minta maaf kepada semua kawn2 kerana salah typo tarikh pertandingan sebenarnya pada 26 february 2011.. hari sabtu...

    BalasPadam