Aduan Rakyat & Aduan Pengguna?


Entah dimana silapnya entah dimana kurangnya. Tak tahu lah apa nak jadi sekrang. Tak jalan kan tugas dah jenuh buat mcm2 kempen, tapi kata org kalau sekadar kempen jer tak ada guna kalau diri sendiri tak ambil iktibarkan. Sebenarnya ni satu entry luahan hati lah kepada semua kita tak tahu dah nak ngadu kat mana kat aduan rakyat pun tak kebal nak lepas pihak atasan, aduan pengguna cuma pada nama dan no sahaja. Sedang kan mereka yg menjalankan tugas tu juga pengguna tapi tak kan tak sedar tentang permasalahan ini.

Yer lah makin nak dekat perayaan ni semua dah nak naik harga. Semua kena sorok semua kena kurang. Ayioo sampai bila fenomena ini akan terus melanda, dah tiba musim org tgh gila nak kaya cepat kot mentang2 lah tahun arnab tahun ni. Sebelum ni tak ada mcm ni sgt tapi kali ni dah makin barah, bukan  minyak sahaja malah harga barang lain pun nak naik. Biar semua naik terus bagus gak biar semua org makan ulam jer lepas ni lagi sihat kot. Kalau harga barang naik dan juga gaji naik tak apa ni tak seimbang satu pihak jer menang yg jadi mangsa pengguna mcm aku ni. Dah lah susah nak cari duit keje mcm org gila tapi sedap2 jer org lain sedut aduh pening2.

Masalahnya sekarang, barang naik harga tapi kualiti tak ada. Byk barang makin tak selamat, bukan risau pasal halal haram dah ni pasal bahan kimia ni terus dicampur dalam bahan makanan harian kita. Ayioo manusia dah hilang pertimbangan ker sanggup gadaikan nyawa pengguna semata2 nak kaya raya cepat sgt. Santan tu pun dah tak selamat sekrang mcm mana ni, tu belum lagi tgk barang2 lain belacan ker, cili giling ker, tempe ker bak kata org semua lah. Sebab tu lah penyumbang utama kepada masalah kesihatan rakyat negara ini merudum sejak kebelakangan ini.

Yag paling aku terkejut nya bila ada org buat aduan baru lah dia org nak bertindak. Kenapa dia org sendiri tak pergi jejak menda2 mcm tu sebab dia org pun pengguna biasa yg guna bahan makanan tu sendiri. Mereka tak rasa apa2 ker terhadap perkara tu. Pakai makan jer, bila org dah mengadu baru nak pergi siasat nak buat kajian terhadapat semua bahan2 tu. Yg dalam perut ni tak tahu nak jadi apa redha jer lah. Pelik bin ajaib. Mereka manusia juga tapi keje apa buat "makan gaji buta kah"?. Sian kat wartawan yg sibuk cari masalah rakyat nak tolong rakyat tapi pihak berkuasa boleh lak kata selamat dan tunggu keputusan. Aduh dah penat lah dengar semua ni.

Aku selaku blogger picisan ni bukan ada org nak dengar sgt aduan aku ni dan keluhan aku. Lantaklah nak ckp apa pun kan. Kat tempat aku ni lagi teruk dah 2 minggu tak ada minyak, nak kena beli besar terus satu tong mcm nak buat kenduri. Tak ada pihak dtg tgk padahal bukan jauh pun dengan HQ tu. Malas nak mengadu kat tv kejap tu jer hangat lepas tu diam. Tunggu lah raya tahun baru ni tgk apa akan jadi. Semua barang kena sorok semua barang naik harga. Time tu pengguna mogok dan buat rusuhan baru nak ambil tindakan tegas. Tak faham tak faham tak faham... Dah lah letih membebel, selamat berblog.

Aduan Rakyat & Aduan Pengguna?

4 comments.. read them below or add one

Bakri Hussin Bakri Hussin 18 January, 2011
Bro Tolong tinggalkan email ko kat email admin DLM Hazariel.ganu@gmail.com koz admin nak bagi award kat ko untuk diletakkan dalam blog ko k
ijatnuar87 ijatnuar87 18 January, 2011
hehehehe...relek2 bro...sama la cam kat sinih...minyak payoh bebenor nak dpt...moga2 kerajaan kiter ni peka sikit dengan perkembangan barang2 dlm msia nih...
Bakri Hussin Bakri Hussin 18 January, 2011
biasalah pekerja kerajaan makan gaji buta jer kan bila masuk kat media masa baru nak bertindak kan , hampeh betul , nak tunjuk yang diaorang tu buat kerja , kerja tak ikhlas langsung harapkan publisity murahan jerlah , manalah gaji nak berkat kan
aShaBuLz aShaBuLz 18 January, 2011
tak boleh nak salahkan semua pekerja kerajaan. dalam satu tandan tak semua busuk. tapi apapun memang mereka yang berwajib kenalah lebih peka terhadap isu2 macam ni. tak pasal2 nanti rakyat akan jadi lebih tertekan. sekarang ni pun gaji rm3k dah kira miskin tegar. apatah lagi bawah dari tu...hurm~