The Social Network & Narnia - The Voyage of The Dawn Treader

Setelah lama gak tak jejak kaki kat panggung untuk menonton apa2 filem, Alhamdulillah minggu ni dpt dua sekali movie percuma lagi hehehehe. Terima kasih lah kepada dua pengiklanan yg begitu popular di kalangan blogger di Malaysia iaitu tak lain tak bukan ManggaAd & Nuffnang. Kerena merekalah aku dpt tonton movie ni secara percuma. So 2 cite ni aku nak buat 'review' sikit lah selepas apa yg aku tonton di panggung daripada pandangan mata aku sendiri ok. 


Untuk movie pertama yg aku tgk iaitu 'The Social Network' di TGV Sunway Piramid memang boleh bagi 4 bintang daripada 5 bintang. Kenapa?  Bagi aku cite ni memang best, mengisahkan tentang bagaimana konflik yg dihadapi oleh pengasas kepada rangkaian social yg mempunyai lebih 500juta pengguna seluruh dunia sekrang ni iaitu Facebook. Sanggup mengorbankan sahabatan yg sgt di percayai kerana terlalu mudah dipengaruhi oleh seorg yg berkempentingan sendiri. Watak hasil lakonan Justin Timberlake itu cukup bekesan sebagai org yg bertanggungjawab kepada permasalahan ini. Namun dalam cite ni menunjukkan juga satu idea tidak akan terhasil jika tidak dimulakan dengan kemahiran yg hebat. Ia juga mempamerkan kepandaian dalam melakukan kerja tidak sama dengan kepakaran dlm menguruskan kerja, itu yg dilakukan oleh kawn merangkap rakan kongsi kepada pengasas Facebook ini. Tapi "Ending" untuk movie ni agak sedikit hambar dimana ia habis begitu sahaja tanpa ada jalan cerita, hanya tulisan menerangkan apa yg berlaku di akhirnya. Namun tetap tak rugi korang pergi tgk memang best lah, sambil di selitkan aksi2 komedi membuat korang tak bosan atau tertido kalau tgk movie ni.


Untuk movie kedua yg aku tgk di GSC Midvally Megamall ni pulak panjang sgt tajuk dia "The Chronicles Of Narnia - The Voyage of The Dawn Treader". Cite ni aku berani bagi 5 per 5 perhhhh memang hebat. Sgt tak rugi korang dtg tgk cite ni memang kelakar dan juga penuh dengan aksi2 yg hebat yg tidak disangka. Cite sambungan dari yg lepas ini, banyak mengisarkan pengembaraan di atas kapal adik beradik ini bersama sepupunya dalam menghapuskan kuasa jahat yg terdapat di negara Narnia itu. Dari satu pula ke pulau yg lain demi mencari 7 bilah pedang milik Aslan adalah matlamat utama dalam movie ini. Dari situ lah berbagai dugaan dan rintangan yg dihadapi oleh mereka untuk menyelesaikan masalah itu. Kelakarnya cite ini kerana ada watak baru iaitu sepupu kepada pasangan adik beradik ini yg membawa mcm2 masalah sepanjang pengembaraan ini termasuk bertuka menjadi sekor binatang besar. Apakah binatang itu? Bagaimana mereka mengatasi masalah ini? Anda kena tgk sendiri kat panggung. Sangat menarik kesan dan juga jalan cerita yg diterapkan pasti anda pulang dengan penuh imaginasi baru anda sendiri. So pakat ramai2 pergi tgk ok bestttt....



3 comments.. read them below or add one

Mazlina Mokhtar Mazlina Mokhtar 03 December, 2010
wah.. congrats.. dpt tiket2 free.. hohoho
Shukjessa Shukjessa 03 December, 2010
walaweh kire tak rugi la aku beli tiket 3D nak tengok esok. weeee jgn tetido udah le aku ni
Darkbatman Darkbatman 04 December, 2010
waaa.. best.. dh lame nk tgk social network..