Pendapat

Jangan Bagi Muka Dah!

Selasa, Disember 21, 2010 Mahamahu 6 Comments

Hari ni lagi satu sejarah hitam berlaku sebelum tahun 2010 melabuhkan tirainya. Ini adalah kejadian yg paling teruk tahun ini dan juga kali ke 5 kes kemalangan yg melibatkan bas express sepanjang tahu ini  Tak tahu kat mana salah dan siapa yg harus dipertanggungjawabkan. Mungkin pendapat aku pihak tertentu harus mengambil tindakan tegas terhadap semua pihak.
Pihak tertentu yg aku maksudkan adalah syarikat pengurusan bas express. Kenapa sebab mereka adalh perantara yg menjadi pihak dalam pemilihan calon2 pemandu yg bertauliah dan layak untuk memandu bas. Ini penting kerana pemandu yg diambil tangkap muat dan sekadar ada sahaja akan membahayakan penumpang bas tersebut. Adakan kita kena ketatkan syarat  pengambilan lesen memandu bas? Adakah mereka perlu menghadiri  ujian dari pihak berwajib dalam memastikan bahawa mereka adalah layak untuk memandu bas express?. Selain itu juga, pengurusan bas yg kadang2 tidak membuat service bas dengan sejajar dalam memastikan bas dlm keadaan baik menjadi faktor penyumbang kepada kemalangan bas express. Kerana nak jimat kos nyawa penumpang yg tidak berdosa menjadi mangsa.

Seterusnya pulak pemandu bas, kalau pemandu yg terlibat dlm kemalangan itu mati tak apa ni kalau masih hidup sungguh terseksa. Ye lah dah lah memandu mengakibatkan penumpang yg lain tekorban sudah2 pasti akan di black list dlm mencari kerja. Bukan nak bebankan mereka tapi itu semua patut pemandu tu sedar dari mula lagi, bahawa memandu dengan berhati2 dan juga memandu mengukut peraturan. Sudah pasti pemandu bas express ni yg diambil adalah mereka yg pakar selok-belok jln yg mereka lalui serta sedar akan bahya yg bakal belaku jika memandu laju tapi masih nak langgar peraturan kenpa? Kerana sebelum ni tak ada kemalangan berlaku tapi bila dah berlaku baru nak menyesal. Sapa nak disalahkan, nak tuduh mereka dah pasti pemandu akan ckp masalah teknikal bas, padahal mereka dah tahu jalan tu bahaya dan boleh membawa maut. Mungkin pihak pengurusan bas kena adakan kursus membaiki dan membetulkan sikap pemandu bas express yg hanya nak cepat sahaja ni.

Seterusnya pihak berwajib, sebenarnya mereka ni dah jalankan tugas dengan bagus, ye lah peraturan dan diketatkan dan juga papan2 tanda dah diletakkan tapi kemalangan tetap berlakukan. Mungkin lepas ni pihak2 tertentu ni kena tegas dalam mengawal pemandu2 yg degil ini. Kenakan denda dan juga tindakan yg membuatkan mereka lebih sedar serta insaf. Tindakan tegas tu maksud aku kena undang2 yg lebih berat lah dan juga akan membuatkan pemandu lain takut untuk memandu laju.

Kalau aku bebel panjang pun tak ada pihak yg nak baca pendapat aku ni. Ye lah sapa aku ni kan cuma blogger picisan sahaja terhadap dunia yg nyata ini. Mungkin ada yg setuju dan ada yg tidak tu hak masing, dan bagi aku ini pandangan aku tidak mejantuhkan mana2. Penumpang dah pasti tak salah kerana kerajaan dah kempen guna pengangkutan awam lebih selamat, tapi kalau kes kemalangan jalan raya melibatkan bas express ini meningkat apa yg boleh penumpang buat, jalan kaki!!. Renung2kan selamat berblog....


6 ulasan:

  1. betul tu...
    sekarang ni banyak sangat eksiden libatkan bas kan

    BalasPadam
  2. nk nek bus pon seraamm..

    BalasPadam
  3. realitinya bas ekspress dekat malaysia ni mmg sgt laju. mereka (pemandu) sangka bawak bas macam bas kereta, boleh main drift dekat tepi gaung. dan diorang tak tau yang pengusaha bas kebanyakannya sume nak tau untung je sehingga abaikan maintenance. bila dah eksiden, periksa balik break tak makan la, tayar botak la, itu tak berfungsi ini tak berfungsi.

    tapi realiti yang lain lak kalo bas bawa slow, orang pon komplen gak untuk yang travel jauh, makin lambat sampai.

    BalasPadam
  4. SETUJU!

    Memang salah pemandu bas. Kebanyakan kemalangan ngeri maut yg melibatkan bas ekspress ni pemandu bawa bas macam pelesit. Macam haremmm!

    Padan muka mati!!!

    *Turut ditujukan kepada pelesit kenderaan di jalan raya.

    **Huh! Kenapalah tak dipupuk sifat sabar? Manusia oh manusia.

    BalasPadam
  5. nyawa mcm murah sgt jer.. xsanggup nk tgk gambar mayat.

    BalasPadam