World’s Coolest Intern - [Contest]

Khamis, Oktober 28, 2010 Mahamahu 2 Comments


Aku nak buat satu entry “Kenapa Aku Cukup Sesuai” untuk perkataan ni bagi aku atau aku boleh guna “Kenapa Aku Begitu Tenang” untuk satu-satu peluang. Tak kira lah peluang kerjaya atau peluang untuk melanjutkan pelajaran. Tapi ni aku nak cerita peluang untuk menjadi “Doktor Pelatih Paling Hebat Dunia” atau lebih difahami ‘World’s Coolest Intern’. Program yang di ajurkan khas oleh sebuah pebankkan swasta iaitu Standard Chartered, adalah satu nilai murni untuk membantu mereka yg memerlukan, tapi peluang tak ada.

Namun ini peluang yang dtg sekali dalam seumur hidup kita walaupun kita bukan lah seorang yg pandai atau mendapat anugerah dekan setiap semester tapi ini adalah peluang untuk semua tak kira anda student atau siapa anda di dunia ini. Tak kira latarbelakang anda dan dimana anda berapa kerana ia adalah peluang keemasan untuk mereka yg berani mencuba dan menggubah nasib. Ini lah peluang aku untuk mendapat latihan selama 6 bulan dan dibayar sebanyak SGD30,000 dalam tempoh pengajian anda. Siapa tak nak hanya org yg tidak menghargai peluang akan menolak ia kerana menganggap ia satu leteran untuk mereka yg malas sahaja.

Sebenarnya aku ni seorang yg sudah menamatkan pengajian dalam bidng IT. Menjadi kan dunia IT ini separuh dalam rutin harian hidup aku, membuatkan aku ni lebih dikenali dalam dunia maya rekaan aku sendiri. Sebuat sahaja Facebook, Twitter atau apa sahaja laman sosial pasti ramai pernah kenal aku. Hidup mkn aku semua dengan dunia IT ini kerena byk peluang kerjaya dan juga peluang mencari rezeki lebih, boleh aku kaut disitu. Penghabisan harian aku sebelum tido pun perlu kepada dunia IT ini kerana tak lena tido kalau tak ada semua ni. Bak kata pepatah “makan IT hidup IT” walaupun aku lakukan rutin harian lain seperti beribadah dan juga bersama org tersyg. Korang mesti pelik kan mereka yg begitu taksub dengan dunia maya ini, padahal dalam dunia yg penuh mencabar ini memerlukan anda sentiasa mengejar perubahan dan juga mengejar kejayaan. Disini lah peluang kejayaan yg aku nampak pada diri aku dengan mejadikan diri aku adalah yg tepantas.

Dalam dunia globalisasi hanya mereka yg pandai menggunakan teknologi sahaja boleh mejelajah jauh dengan mengapai bintang dan juga bulan tanpa perlu menjejak kaki mereka disana. Bukan nak kata semua itu hanya mainan tapi semua itu adalah satu peluang yg boleh digunakan atau perantara dalam mendapat semua yg mustahil di dunia ini. Tangan mampu untuk mencapai dunia jika kita tahu menggunakan tangan dengan sebaiknya. Bukan dengan menggunakan ia untuk ke arah yg tidak sihat tapi tangan ini akan menjadi tidak sihat jika kita tidak pandai menjaganya.

So aku nampak bahawa peluang ni akan menjadikan org seperti aku dan ramai lagi diluar sana menggunakan kelebihan masing2 yg ada untuk mengapai impian yg nyata. Mereka tidak lah pandai untuk menggubah masa tapi mereka kena pandai menggunakan masa untuk mencapai hasrat yg terpendam. Menjadi seorang yg dari “Zero to Hero” bukan mudah tapi jika ada hasrat dan usaha pasti ia akan dihadapai dengan mudah dan senang. Jng pekecikkan bakat dan juga apa yg anda ada kerana dunia sekrang tidak mengenal erti kalah. Kerana mereka yg kalah adalah mereka yg malang sebab tidak menjana peluang yg dtg hanya menanti bulan jatuh keriba. Terima kasih duni kerana masih memerlukan org seperti aku dan mereka yg berada di luar sana.

2 ulasan: