Suka Duka 10.10.10 - [Article]


SUKA


Ramai antara kita menjadikan tarikh ini sebagai kenangan serta sejarah dalam hidup. Byk peristiwa bermakna dalam hidup kita berlangsung pada tarikh yg cukup unik ini. Berpusu2 org ramai mengadakan majlis perkahwinan pada tarikh tersebut. Tidak terlepas "Wedding Of The Year" angkasawan negara kita Datuk Sheikh Muszaphar Shukor dengan pasangan Dr Harlina Yunos. Majlis perkahwinan yg dinantikan selama 8 tahun akhirnya telah termakbul pada tarikh keramat itu. Majlis perkahwinan yg berlangsung penuh meriah di PICC di hadiri oleh saudara mara serta org kenamaan termasuk juga angkasawan yg seangkatan dengan beliau dari serata dunia. Majlis pada hari itu dimulakan dengan majlis akad nikah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya pada pukul 12 tghari dan di teruskan dengan majlis persandingan kayangan di PICC Putrajaya.


DUKA


Di dalam kegembiraan kita meraikan mereka yg mendirikan masjid pada tarikh itu jugalah kita dikejutkan dengan kemalangan ngeri yg dasyhat dalam sejarah pengankutan negara kita. Kemalangan yg mengorbankan 12 nyawa dalam sekelip mata dan melibatkan 2 buah bas, 2 buah kereta dan juga sebuah van menjadikan ia adalah satu lagi trajedi kemalangan buruk negara kita. Kecelakaan tidak mengenal siapa, alpha dan cuai nyawa menjadi pertaruhan tidak kira dimana dan apa cara sekalipun. Kemalangan ini mengakibatkan juga kesesakan paling teruk di Lebuh Raya Utara Selatan menghala ke Kuala Lumpur pada KM223. Bas Ekspress Delima yg dikatakan dipandu laju hilang kawalan walaupun ia masih baru dan tiada rekod saman, melambung keudara dan melepasi ke arah laluan bertentangan sebelum menghimpap 2 buah kereta dan di rempuh sebuah bas lain. bersama sebuah van. Sungguh tragis sgt kemalangan ini kerana sebuah bas yg berat walau dalam keadaan apa pun jika dipandu laju pasti tak akan dapat dikawal. Namun "nasi sudah jadi bubur" tiada apa yg perlu di kesalkan dan di persalahkan kerana sikap kita menjadikn org lain mangsa untuk menhadapi derita bersama.


3 comments.. read them below or add one

Qaseh Qaseh 12 October, 2010
jadikan pengalaman suka duka ini sebagai kenangan dan pedoman di masa depan
AZIZUL HASIMIE OSMAN AZIZUL HASIMIE OSMAN 12 October, 2010
mnakutkan...uwaaaaa
mintak jauh dr kemalangan mcm tu