Binaan

Petaling Street, Masjid India, Little India dan Melayu? - [Binaan]

Jumaat, Oktober 22, 2010 Mahamahu 5 Comments


Pasti kalau di sebutkan nama2 kawasan ini ramai akan tahu treadmark dan juga tanda tempat2 ini. Sebut je Petaling Street mesti ramai akan tahu tempat untuk mencari barang2 buatan China mahupun barang2 murah dari negara China. Sebut jer Masjid India pasti tempat untuk mencari barang2 musim perayaan Hari Raya yg cukup meriah kat situ. Satu lagi tanda mercu negara yg bakal menjadi satu lagi daya tarikan di Kuala Lumpur ini adalah Little India sepanjang Jalan Travel sehingga Balai Polis Brickfields. Satu lagi tempat yg akan di hiasi dengan budaya dan juga cara rakyat kita terutama kaum India untuk berniaga di situ.
 

Pastinya perayaan Depavali yg bakal disambut nanti menjadikan Little India lubuk kepada persiapan dan juga sambutan meriah sepanjang jalan tersebut. Namun dalm sibuk kita memajukan dan memeriahkan tempat menarik di bandaraya Kuala Lumpur ini kita tidak nampak di manakah tempat yang dinamakan dengan nama Melayu. Yer lah kita kan satu Malaysia seperti yg di war-warkan oleh kerajaan, dimana satu kempen yg cukup bagus dan melambangkan kita adalah negara berbilang kaum dan bangsa. Namun tidak pulak di wujudkan sebuah kawasan atau jalan sebagai "Melayu Street", yg ada hanya "Keretapi Tanah Melayu". 


Mungkin terlepas pandang kot nak letak nama Melayu di satu2 tempat yg strategik seperti 3 tempat tersebut. Mungkin juga org Melayu kita ni tak minat berniaga sehinggakan di pelopori oleh org2 lain. Yerlah kita boleh lihat kalau pergi Petaling Street pastinya peniaga China ramai kat situ, kalau lalu kat Masjid India ramai peniaga India dan ada juga peniaga asing ada kat situ tak ada pun perniaga Melayu. Di Little India sudah pasti lah kat situ medan untuk kaum India berniaga. Mungkin kita perlu wujudkan satu ruang atau tempat untuk org Melayu ni berniaga dengan lebih komersial dan selesa, agar pepatah "Takkan Melayu Hilang Didunia" menjadi kenyataan. So sama2 lah kita renungkan dan sama2 lah kita mencari kedamaian. Selamat berblog.....





   

5 ulasan:

  1. jalan tuanku abdul rahman dah cukup melayu dahh...
    :))

    BalasPadam
  2. satu je sebab takde name. bangsa yg susah nak bersatu. asek dengki org je, bila nak maju.

    jln TAR semua tu pun makin lama makin ramai warga asing yang berniaga. last2 nanti dapat name lain lak

    BalasPadam
  3. ★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
    buat pembaca blog kami
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★

    Kami Kembali lagi... Maaf atas lama tak ziarah... Sorry bebanyak agak ketinggalan lah banyak entry kamu... coz banyak hal sibuk ngan bagai-bagai urusan lah... Sorry...

    ramai melayu di kampung baru....

    tapi sekarang semua tempat tak ade sebut pun pasal melayu ni....

    yup jalan Tar tu banyak indon lahhh

    BalasPadam