Malu Konon! - [Pendapat]


Nak kata memalukan lagi malu kalau mereka menipu pelanggan dan juga mengenakan cas tambang yg mahal. Bukan nak burukkan pemandu teksi tapi ni apa yg dah kena pada diri akulah. Memang ada pemandu yg jujur serta tepat menggunakan meter untuk tambang teksi. Tapi bagi yg main agak jer mcm mana? Ni aku tujukan kepada pemandu2 teksi yg suka2 hati je mengenakan tambang teksi berlebihan siap dah bagitahu harga padahal belum jalan lagi ni. Kalau nak kaya pun buatlah perniagaan halal, berdosa bagi anak bini makan duit dari hasil penipuan tak berkat. Sebenarnya ni, aku tulis sebab dlm akhbar ada menyatakan segelintir pemandu teksi di ibukota malu dengan penggunaan pelekat "Teksi ini menggunakan meter. Tawar-menawar dilarang". Mesti kita pernah baca dan tgk kan kat setiap teksi.

Sebab pelekat ini telah diwajibkan pasang kerana kes2 pemandu teksi yg tidak menggunakan meter dan juga mengenakan tambang belebihan. Syukurlah sebab kerajaan telah naikkan tarif tambang teksi tahun lepas so kenapa nak merungut lagi apabila melekat perkataan tu. Itu akan mengikatkan pemandu dan juga penumpang bahawa mereka ada hak yg perlu dipertahankan. Kalau dikaji dari segi perkataan tu, pengguna takan ahu teksi tu pasti menggunakan meter dan juga mengenakan tambang yg tepat so mereka selamat dan juga kepada pemandu teksi mereka juga selamat daripada penumpang yg asyik nak mintak murah jer. Sikit nak discount lah nak kurangkn hargalah sian lah kat pemandu teksi ni. Ada setengah mereka ni hanya bergantung kepada duit pendapatan membawa teksi jer so prihatin lah sikit kita yg nak menggunakan perkhidmatan mereka kan. So kat situ ada kepentigan kepada kedua2 belah pihak.

Jadi kalau tak nak kena tipu naik lah public transport lain bas ker atau LRT kan senang huhuhu harga tetap tak berubah-rubah. So sendiri mau ingat lah ok selamat berblog........

5 comments.. read them below or add one

HaNTwO HaNTwO 08 October, 2010
biasala tampal la banyak camne pun stiker tu ade gak pemandu teksi x pakai meter...aku dah banyak kali terkena sebab terdesak nak nek teksi...seb bek orang tua kalo x mau aku tumbuk sampai patah gigi..arghhhhh aku marahhh
Robot | Sakti Robot | Sakti 08 October, 2010
gua dah lama tak naek teksi.
dah banyak pengangkutan awam yang laen dah.

kadang2 pemandu teksi ni bawak keta, kalah fernando alonso.
hehehe


Merapu tapi bukan Mengampu
Pencacai Alim Pencacai Alim 08 October, 2010
tak pon pakaila kete sendiri..kene tipu dek org lagi besar..hakhakhak
Shukjessa Shukjessa 08 October, 2010
aku dah serik naik teksi.

so far teksi yg paling aku percaya adalah apek teksi depan rumah aku, sebab jiran, dia jarang cas mahal.

so far aku naik teksi, 99% sumanya kaki tipu.

kalo korang tau teksi kenari dekat shah alam tu lagi kuat menipu. dulu aku pernah la naik dari shah alam ke klia. sbb member aku cakap arga rm50. bila aku tanya dia, dia boleh tanya aku lak member cakap berapa?
bila dah sampai sana aku tengok, meter baru rm30+, aku malas nak gado, aku bagi rm50 dia tak pulang baki pun, so selamat la kau makan duit haram anak yatim, akhirat cari lah aku.

yg paling teruk aku kena dekat melaka. naik teksi, tunggu kejap dalam 15 minit je, sekali tak jadi naik, dia cas aku rm30. macam biase malas nak gado. aku muke baik, tp dah start gado aku tak ingt dunia, so baik jgn. biarlah bukan orang kita pun.

sekali lagi kena time nak gi melaka sentral. dari bandar hilir, aku rasa kalau pakai meter tak sampai rm10 pun. Sekali aku tanya, dia kata rm15. Aku pandang dia, aku hulur rm50, selamat makan duit haram, aku tak halalkan duit tu sampai akhirat.

nasib la kan, nak menipu pun jangan pasal duit, duit haram ko makan abes keturunan.

aku rela tunggu bas dan berebut dari kena tipu dek sesama Islam sendiri
Hezesuze Hezesuze 08 October, 2010
oh dah lama akak tak naik teksi...xtau camne pangai driver teksi huhu