Article

Dolce & Gabbana VS Rizman Ruzaini - [Articel]

Isnin, Oktober 04, 2010 Mahamahu 5 Comments

Tiba lak nak buat entry pasal fesyen ni. Huhuhuhu bukan lah aku ni bekerja dalam bidang ni, tapi aku suka tgk mcm mana design yg telah dia org hasilkan. Daripada dua nama gah di dunia fesyen sendiri. Selalu kita disogok dengan baranga buatan luar sahaja tapi kita kadang2 lupa kepada barang2 tempatan tidak kurang hebatnya. So kita jng lah lupa untuk beli barang buatan Malaysia untuk support barangan tempatan dan juga dpt meningkatkan ekonomi negara secara tidak langsungkan. Kempen juga kan supaya kita ada kesedaran ini.
Sebenarnya bukan niat nak compare dua nama besar ni, mereka mempunyai kedudukan dan pasaran sendiri serta trademark masing2 untuk memastikan bahawa mereka terus gah di persada industri fesyen ini. Sudah pasti kalau sebut nama D&G ramailah yg tahukan fesyen serta bentuk design yg menjadi kegilaan golongan2 elite ni. Kat sini nak cite sikit pasal sejarah D&G and RnR tahu apa tu? Rizman Ruzaini nama yg telah naik segah ciptaannya.
D&G atau Dolce and Gabbana adalah gabungan dua nama yg berasal dari negara Itali. Domenico Dolce dan  Stefano Gabbana adalah merupakan dua org designer fesyen yg pada mulanya hanya bekerja sebagai seorang pembantu designer untuk sebuah butik di Milan iaitu "Milano Collezioni". Selepas rasa cinta mereka kepada fesyen maka telah bergabung untuk menghasilkan design diatas nama sendiri. Mula mencipta nama pada sebuah pertunjukan yg di anjurkan oleh butik tempat mereka bekerja dalam pertunjukan sulung "New Talents". Disitulah segalanya bermula degan mencipta pakaian wanita pada mulanya dan kumudian dengan pakaian lelaki setahun selepas itu.


Pada asalnya diinspirasikan oleh barangan eklektik, kedai jimat cermat Bohemia, Dolce & Gabbana telah mewarnakan cetakan binatang yg telah digambarkan sebagai "anggun hippydom" mengambil inspirasi khususnya dari sejarah filem berprestij di Itali. "Bila kami mereka ia seperti sebuah filem," kata Domenico Dolce. "Kami fikir sebuah cerita dan kami mereka pakaian pergi dengan ia". Kini Dolce & Gabana telah membuka cawangan hampir 50 buah negara seluruh dunia. Dan ciptaan yg lebih simple and elegant yg ditampilkan kemas dan lebih selesa untuk kegunaan bebagai aktiviti harian anda.

Sekarang tiba masa RnR atau lebih ramai kenal dengan nama Rizman Ruzaini termasuklah golongan2 elite juga tidak terlepas mendapatkan khidmat mereka. Kisah Rizman Ruzaimi lebih educated dimana mereka bermula dengan menuntut sama di UiTM dalam bidang Fesyen Designer. Dengan mula menyertai pertandingan peringkat universiti akhirnya bakat mereka mula dilihat oleh pihak universiti dengan mewakilkan mereka ke peringkat lebih tinggi lagi. Rizman Nordin anak kelahiran Penang ini mula menghasilkan karya bersama rakan baiknya Wan Ruzaini Wan Jamil anak kelahiran Perak setelah mula memenangi pertandingan bersama. Bermula dengan pertandingan anjuran MODA dua anak tempatan ini mula melangkah dengan menyertai lebih byk lagi pertandingan demi mencari pengalaman dan menghasilkan rekaan yg paling kreatif. 


Kuala Lumpur Fesyen Week, Malaysia International Fesyen Award, Anugerah Piala Jarum Berlian dan juga Trofi Pesona Pengantin antara medan2 yg sering disertai untuk menempatkan hasil rekaan mereka di tempat yg lebih tinggi. Menamatkan pengajian dengan Anugerah Dekan UiTM dalam bidang BA Hons in Fashion Design kini dua pereka ini telah menubuhkan sebuah galeri di Cheras Kuala Lumpur. Hasil rekaan kedua2 pencipta ini menjadi tumpuan apabila mula di peragakan oleh Diva no satu Malaysia Dato Siti Nurhaliza setelah berfesyen muslimah ini. Selain itu, nama2 gah dalam industri seni tanahair juga tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan khidmat mereka seperti Ning Baizura, Era Fazira, Ziana Zain, Nurul dan ramai lagi. 




    

5 ulasan:

  1. rizman ruzaini.....my lovely and great senior!!

    BalasPadam
  2. haha aku beli t shirt printed je. mane2 pertubuhan or organisasi besar yg nak jual printed tee, aku beli.

    design mungkin biasa je la, tapi pada aku design ni rare dan hasil idea anak2 malaysia, so kite sapot skali

    BalasPadam
  3. good luck to them!
    artist endorsement memang undeniably the most powerful way nak promote produk sendiri.

    lagi2 lagi la kalu semua orang kenal artis tu..

    anyway, rezeki rizmanruzaini memang murah. hopefully they'll go far.

    BalasPadam