Sedara Rupanya! - [Aktiviti]


Rasa mcm hari ni masih nak rehat kat rumah lak tak puas cuti walaupun dah cuti lama ni.... Sorry kepada rakan2 blogger yg tertuggu kemunculan MM berblog setelah bercuti lebih dari seminggu.. Kata org kita raya sakanlah baru best heheheh... Memang seronok sgt beraya tahun ni bukan sahaja dpt cuti panjang dpt gak kenal2 sedara mara dan juga kawn2 jauh yg lama terpisah. 

Gambar from Aizoul

Sebut pasal sedara mara teringat satu trajedi yg agak lucu berlaku sewaktu aku pergi beraya di rumah kawn. Masa tu aku dan 3 org lagi kawn pergi beraya di Felda Keratong 3 rumah my housemate. Memang dah sampai sana plan nak pergi beraya rumah sedara mara lain selepas raya kat rumah my housemate ni. Sampai jer sana lebih kurang 2 jam perjalanan kita org lepak2, mkan2 pastu pergi lah pulak beraya kat rumah sedara kawn aku ni yg dtg satu kereta dengan aku tadi. 

Ni rupa buah bacang kalau tak kenal.

Yer lah pergi rumah sedara org bukan kita kenal pun just diam diri dan mkn sajo. Lepas pergi beraya balk lah ker rumah my housemate ni rehat sebelum bertolak ker Jengka semula. Pastu ayah my housemate ni tanya "Pergi beraya kat mana tadi?" my friend jawab g beraya rumah sedara dia dekat sini. Lepas tu boleh pulak ayah my housemate tu ckp yg rumah kita org pergi tu sedara dia juga. Ayiooo terkejut besar lah kita org rupanya my housemate ni and my friend ni adalah sedara tapi sedara jauh bak kata pepatah "Bau2 Bachang". Lepas tu kita org gelak besar lah yg mereka ni rupanya sedara tapi tak tahupun. Dah kenal lama dan duduk serumah tak tahu bahawa mereka adalah sedara. 

Memang unik kan kehidupan ni pusing2 dekat2 situ rupanya sedara kita gak. Memang betulah kata org Hari Raya mengeratkan silatulrahim antara kita. Wahhhh best lah dpt kenal2 sedara yg jauh, memang best lah pengalaman hari raya kali ni memang tak sangka2 sgt. Moral of the story rajin2 lah pergi beraya rumah sedara mara yg jauh nanti mana tahu rupa2nya kawan2 kita ni adalah sedara kita juga.. Selamat Hari Raya.





6 comments.. read them below or add one

BLOG PUTERA YUSOFF BLOG PUTERA YUSOFF 20 September, 2010
jai kenal sowg bloggers. rupanya dia sedara jai jugak. hehe
Pencacai Alim Pencacai Alim 20 September, 2010
dulu aku tk kenal langsung sedara mara aku..
g0m0k9enDek g0m0k9enDek 20 September, 2010
rajen2 lah berjalan jawapannya! hahaha..
Gen Fujita Gen Fujita 21 September, 2010
lama dah tak makan buah bacang, rasanya benda macam mempelam kan?
AZIZUL HASIMIE OSMAN AZIZUL HASIMIE OSMAN 22 September, 2010
yer ahhh..koi sedara dgn dier..
aok ande sdara dok?