Pendapat

Pertimbangkan Permintaan 'CUEPACS' - [Pendapat]

Khamis, September 23, 2010 Mahamahu 6 Comments


Menjelang kepada pembentangan bajet 2011 yg akan diumukan oleh kerajaan tidak lama lagi pasti ramai yang ternanti-nanti. Pastinya kita sebagai rakyat menantikan segala kebaikan yg bakal kita perolehi daripada hasil bajet 2011 nanti. Namun tidak semua yg diumukan nanti akan memuaskan hati seluruh rakyat Malaysia. Pasti ada yg tidak kena and ada yg pasti akan naik setiap tahun namun kita tetap tidak kisah. 


Itu bukan lah sebab utama untuk kita membuat pemintaan yg kadang2 tidak perlu dan juga tidak begitu sesuai. Namun apa yg cuba dibawakan oleh Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam atau CUEPACS ada yg boleh dipertikaikan. Bukan semua yg dikemukan tidak baik kerana niat untuk memohon untuk kerajaan mempertimbangkan bonus tahunan 2 bulan untuk semua penjawat awam. Itu adalah perkara yg baik dan pasti disambut gembira untuk semua pekerja kerajaan. Sapa tak nak kan heheheheh....

Namun ada yg tidak berapa sesuai atas pemohonan CUEPACS itu, dimana melanjutkan tempoh pesaraan penjawat awam dari 56 tahun kepada 60 tahun. Itu sesuatu yg agak kurang sesuai kepada negara kita, yg mana adalah sebuah negara membangun memerlukan byk peluang pekerjaan dibuka kepada generasi muda. Disini antara beberapa faktor yg aku bentangkan sebagai pendapat sendiri terhadap pemintaan itu yg membuatkan ia tidak sesuai untuk negara kita.

1) Hampir beribu graduan muda menamatkan pengajian mereka setiap tahun dalam berbagai bidang dan ia adalah satu angka yg cukup byk sehingga meningkatkan kes penganguran di negara kita. Sekiranya tempoh pesaraan penjawat awam dilanjutkan, pastinya generasi muda yg berbakat dan berilmu ini terus hanyut dengan dunia tanpa kerjaya padahal mereka yg sudah layak untuk rehat dirumah masih terus bekerja dan tenaga muda dibiar tidak diberi peluang pekerjaan.

2) Pada usia 56 thun adalah paling sesuai untuk generasi ini berehat dan hanya mendapat pencen mereka sahaja kerana pada masa ini meraka perlu habiskan masa bersama keluarga dan juga mungkin lebih focus kepada ibadah kerana zaman muda meraka sibuk dengan kerja sahaja.

3) Di negara kita peringkat usia 56 tahun paling tinggi untuk mendapat penyakit2 kronik. Ini adalah kajian yg dilakukan oleh sebuah badan kesihatan di Malaysia dimana menunjukkan pada peringkat usia 56 thn dan keatas rakyat Malaysia lebih cenderung terdedah dengan belbagai penyakit. Disini akan lebih menyebabkan meraka lebih bnyak menghabiskan masa berehat dan cuti kerana sakit. 

4) Seperti sekarang kita dpt lihat bahawa tabiat rakyat Malaysia dimana penjawat awam selalu dikatakan lambat untuk melaksanakan tugas mereka. Ini adalah sedikit sebanyak di pengaruhi oleh faktor usia mereka yg telah meningkat. Ini terjadi sendiri kepada diri saya bukan nak tuduh tapi boleh lihat pekerja sector awam yg berusia agak suka untuk melakukan kerja dengan pantas dan cekap walaupun mereka telah lama bekerja. Ini akan terus mengakibatkan sektor awam terus dicap sebagai agenci yg lambat dan tidak memenuhi visi kerajaan Malaysia agar pekerjanya lebih cekap dan cergas.

5) Di antara sebab yg dikemukan oleh CUEPAC untuk melanjutkan tempoh pesaraan ini adalah kerana negara2 jiran semua telah meningkatkan tempoh pesaraan ini dari 60 hingga 62 tahun. Itu betul kerana sebab itu lah negara2 jiran kita ini tidak berapa maju dan mundur. Dan juga kadang2 sector kerajaan mereka menghadapi masalah dengan rasuah dan penyelewengan kerana terlalu lama bekerja dengan agenci yg sama dan segala selok belok mereka telah ketahui tidak mungkin itu akan berlaku (tidak tuduh mana2 pihak).

6) Mungkin pesaraan awal pada usia 56 adalah paling sesuai kepada mereka dan mungkin pada masa itu bagi insentif dan galakan untuk mereka membuat business sendiri. Dengan pengalaman dan juga pengetahuan luas setelah bekerja sedikit sebayk memberi ilmu kepada mereka yg besara awl ini untuk memulakan business. Bukan anak2 muda ini tidak bagus dlm business tapi kerana kekurangan ilmu dan juga pengalaman dalam berniaga mengakibatkan mereka ini kadang hanya hangat2 tahi ayam dan juga lebih mudah bangkrap awl. Bagi mereka yg dah lama bekerja ini mesti ada byk simpana dan juga KWSP untuk membuat permualaan pekerjaan kalau anak2 muda ini mesti kena buat pinjaman bank so kat situ akan ada sedikit masalah kepada mereka jika gagal membuat pembayaran pinjaman perniagaan.

Apa yg aku tulis ini adalah dari pendapat sendiri namum sedikit sebayak ia adalah perkara yg pelu dipandang dan juga dibuat kajian lebih mendalam oleh CUEPACS supaya niat untuk melanjutkan tepoh pesaraan ini akan dipertimbangkan lagi. So aku bukan pihak anti-kerajaan tapi aku sendiri nak sama2 kita semua memajukan diri sendiri dan juga negara kita kan. Harap pekerja sektor awam tak marah dengan kenyataan aku ini dan benci ngan blog Mah@mahu sudah lah ok heheheheh...




6 ulasan:

  1. peh pendapat ko mmg bernas la bro, aku salute la. aku pun pikir mcm tu.

    kita tak boleh nak tgk negara luar, sbb rata-rata orang malaysia dah start ada penyakit kronik dalam range 50 an.

    bila dah sakit-sakit mcm tu, akan lebih banyak bebanan utk organisasi daripada sumbangan.

    even my mom pun bersara awal, 54. kata beliau, kerja sekarang tak macam dulu2. kerja sekarang lebih hendak nama, itu hendak buat ini hendak buat, sampai waktu rehat, waktu keluarga dah makin kurang.

    patut umur 55 tu dah ideal, duit yg ada patut digunakan utk melangsaikan segala hutang2 rumah or apa2 la bukan time tu la hendak beli kereta baru or motor besar ke jadah nya. mmg la takkan cukup duit.

    umur 50 an dah patut jadi penasihat je bukan pekerja lagi. tukang pantau dan tukang beri tunjuk ajar sebagai guru yes, bekerja tidaklah. patut lebih luangkan masa meniti hari-hari yang entah bila akan tamatnya riwayat kita.

    BalasPadam
  2. hahaha ade pro dan kontra disitu..kena kaji btul2!!

    BalasPadam
  3. 2 bulan gaji yang bergaji rendah saja..yang bergaji besar biar tak yah dapat..hehe!

    BalasPadam
  4. Yang semakin susah nanti orang kampong yang kais pagi makan petang.

    Cuepec asyik minta itu ini untuk kepentingan kakitangan Kerajaan saja tanpa memikirkan rakyat bawahan yang terpaksa berdepan akan kenaikan harga barang keperluan harian.Hidup sekarang semakin susah.

    BalasPadam
  5. orang kampung takde kenaikan gaji ke?haha.

    BalasPadam