Pendapat

Mereka Buat Hal Lagi - [Pendapat]

Rabu, September 22, 2010 Mahamahu 7 Comments


Bukan nak tuduh dan bukan nak mengata, tapi ni ada kenyataan yang pasti dan sahih. Aku dpt maklumat ini dari abg aku sendiri yg bekerja di bahagian IT dijabatan kerajaan. Aku bukan nak marah tapi geram gak lah mereka masih tak habis2 lagi dengan hal mereka. Bukan setakat rusuhan malah juga menggunakan tektik kotor yg akan mengundang padah kepada mereka sendiri. Sebelum ini aku ada buat entry  [click] pasal mereka mcm mana kita nak bertindakbalas secara berhemahkan.


Semalam dpt lak laporan dari boss abg aku yg laman web sebuah agency kerajaan ni telah di "Hack". Pada pukul 7.00mlm mereka sempat memeriksa lama itu. Mereka dapati laman web kerajaan tu telah di ceroboh dan telah di hack dengan mengubah main page atau Index, itu budak2 programming tahulah hehehehe.. So siasatlah sapa yg buat and dari mana puncanya dan terkejut kerana boss abg aku tu mengadu yg mereka dpt kesan bahaw pihak yg ceroboh dan telah mengubah lama itu datang dari negara seberang. Negara yg tengah anti sgt pada kita dengan siap rusuhan bagai. 


Ni bukan tuduhan pasti mereka ini org yg tahu and pakar dlm semua bidang ni kan kalau tak mcm maner dia org dpt kesan pencerobohan dan juga menghalang penceroboh itu. Aku tak bagitahu agency kerajaan kerana nak menjaga intergriti mereka. So kepada pihak yg buat hal tu sudah2 lah dengan kebencian kepada Malaysia tiada faedah kepada mereka. 

Hari ni kita dikejutkan dengan kes dera pembantu rumah warga Indonesia yg dilakukan oelah org kita. So ini sedikit sebanyak akan mengeruhkan lagi keadaan dan hubungan antara dua negara ini kerana Indonesia telah mengambil tindakan drastik dengan menghalang warga mereka dari menjadi pembantu rumah. So wartawan kita pun kena pandai melaporkan apa yg terjadi itu secara berhemah agak hubungan ini tidak terus gelora dan juga warga negara seberang pun yg dtg nak bekerja kat sini jaga etika, kerana mereka tak akan dera anda jika anda melakukan kerja dengan bagus kan.



7 ulasan:

  1. Bagai menjolok sarang tebuan..bertmbh keruh la jadinya lepas nie..apa nak jadi pun x tau ler.

    BalasPadam
  2. tu la bro, aku ada bace satu blogger malaysia ni, dia tulis pasal ada sorang hacker indonesia yang dah berjaya godam facebook, twitter dan blog orang malaysia dengan info dan gambar "Ganyang Malingsia".

    tah la aku pun tak paham, ape kes kan nak gadoh2 ni? sudah2 la tu, bak kata P. Ramlee

    "Taik punya hal pun mau gado kaa? Kasi cuci itu taik sudah lah"

    p.s: jgn sombong sgt, malaysia dah cukup baik bertolak ansur, nak apa lagi kan?

    BalasPadam
  3. dera lagi..kita ni suka dera org ooo..

    BalasPadam
  4. mls nk pk psl INdon nie..nympah btoi,,yg ok,ok le..yg KO tu...grrrrrrrrrrrrrrrr...bkin panas je...

    BalasPadam
  5. "cyber war" antara kedua-dua pihak sebenarnya dah berlaku sejak dulu, dan benda ni berterusan sampai sekarang. apa pun, sentiasalah bersedia hadapi sebarang kemungkinan.

    BalasPadam
  6. bosan betul belalang ngan sikap geng2 negara seberang tuh...

    tp majikan sini yg dera org gaji indon pun,satu hal lagi...bengong betul...

    BalasPadam
  7. Si abang yang tertinggal berasa iri dengan adik yang jauh ke depan..

    BalasPadam