Kepada Siapa Lagi Nak Percaya? - [Pendapat]

Sebelum ini kita selalu mengadu masalah kepada pihak berwajib. Kita akan dptkan bantuan sekiranya diperlukan. Memang mereka sahaja yg kita percaya kerana mereka lah penegak keadilan negara. Tapi sekiranya mereka sendiri menyeleweng dan juga menyalahguna kuasa. Apa akan jadi pada kita insan yg lemah ini tiada apa kuasa untuk mempetahankan diri dan terus menjadi mangsa. Ini adalah sebahagian dari luahan hati setelah mendegar dan melihat situasi dinegara kita sekarang.


Bukan lah isu yg besar sgt atau kes yg berat, tapi ia menjadi satu yg akan mengacam negara dan juga keharmonian apabila ia menjadi mainan untuk kepentingan sendiri. Kalau yg dpt tangkap apa aku maksudkan ni baguslah, tapi pada yg kurang faham aku jelaskan kat sini ok. Sebenarnya semalam dalm berita dan juga akhbar hari ini telah melaporkan bahawa lebih 200 kes penyalahgunaan kuasa oleh peguam di Malaysia. Kesemua kes masih dlm siasatan dan juga masih belum dapat penyelesaian kerana mereka ini sendiri adalah penggalas undang2 negara.

Kebanyakan kes yg dilaporkan adalah peguam yg menyeleweng dengan membuat pemalsuan dokument berkaitan hartanah. Dan ada juga yg terlibat dengan pemalsuan dokument2 lain mungkin juga bahan perbicaraan dan juga statment pesalah dan pihak tertentu demi kepentingan peribadi. Apa sebab Mereka lakukan ini semua. Adakah kerana di ugut oleh sesetengah pihak? atau mereka ini tamakkan kekayaan atau rambang mata bila di hulur dengan wang? Hanya mereka yg melakukan sahaja tahu kenapa.


Aku bukan lah nak menakutkan org ramai dan juga menggugat kedudukan system perundangan negara. Malah jauh sekali untuk menjatuhkan sistem peguaman di negara kita ini. Tapi aku sendiri terkejut atas kenyataan yg dibuat dan juga kenapa sekrang perkara itu baru di umumkan dan diambil tindakan tegas. Adakah selepas terbongkar kes berprofile tinggi yg tengah hangat dikatakan sekrang, atau ada pihak baru sedar dan perasan akan kes ini. Entah lah nak salahkan sapa, jng sekadar tahu buat rusuhan jer untuk mem"Bersih"kan perundagan katanya tetapi mereka sebenarnya yg mengotorkan perundangan itu sendiri. Bukan kuasa aku tapi sebagai rakyat yg mahukan kebenaran dan juga keadilan perlu mempertikaikan perkara ini.

Kepada siapa lagi nanti kita nak harap sedangkan org yg sepatutnye menegakkan perundangan ini yg menjadi dalang dalam semua yg tidak benar. Bukan semualah hanya segelintir dan ramai juga yg masih berada di landasan yg benar. Kita jang takut lah untuk meminta bantuan mereka tapi kita sendiri kena jujur pada apa yg kita lakukan. Sama2 membantu untuk menjaga keharmonian negara kita yg tercinta. Selamat Berblog.....





   

2 comments.. read them below or add one

Shukjessa Shukjessa 28 September, 2010
orang tua-tua selalu sebut, antara orang yang akan masuk neraka adalah peguam dan hakim.

entahler, kalo hakim sala guna kuasa lagi teruk... yang jatuhkan hukuman hakim...
HaNTwO HaNTwO 29 September, 2010
dunia dah akhir zaman....susah nak wat penilaian zman skrg ni..muka baik tapi jahat..muka jahat tapi hati baik...seriusss memang takut!!