Perubatan

Gelenggang Dan Gelanggang [Perubatan]

Rabu, September 29, 2010 Mahamahu 2 Comments

Hari ni buat enrty pasal poko ni lama tak buatkan.. Nak buat pasal kesihatan ni susah kena faktar tepat. Semua ni aku dpt dari satu laman ini melur.com dimana maklumat insyallah tepat. So hari ni pasal satu pokok ni yg juga selalu digunakan oleh orang tempatan kita untuk merawat penyakit. Pokok Gelenggang pasti ramai pernah dengarkan. So kat sini aku terangkan kegunaan dan juga khasiatnya. Pastu baru aku cite pasal gelanggang lak hehehehe apa kena mengenanya.


Gelenggang ialah sejenis pokok renek yang mudah dijumpai dipinggir jalan dan belukar.Pokok ini biasa mencapai ketinggian antara 6 hingga 25 kaki. Ia mempunyai bunga yang berwarna kuning dan dilitupi oleh penutup yang menyerupai lilin sebelum bunganya berkembang. Daunnya berbentuk bilateral dan berlawanan secara simetri,daunya akan tertutup pada waktu malam. Buahnya berada dalam kulit seperti buah kekacang dan bijinya kecil berbentuk bulat.


Daun gelenggang merupakan ubat penyakit kulit seperti kurap dan panau yang mujarab.Caranya daun gelenggang dilumatkan tanpa air. sedikit minyak tanah (setitik) dimasukkan ke dalam daun yang telah dihancurkan tadi. campuran ini dilumurkan pada tempat yang terkena kurap tersebut.  Masalah sembelit, satu sudu teh air rebusan daunnya boleh diambil sebagai julap. Akar gelenggang boleh digunakan untuk mengatasi masalah uterus (rahim). Air rebusan daunnya juga dijadikan ubat cacing,penawar sawan, resdung, bengkak saluran nafas disesetengah negara Amerika selatan.


So tu dah habis pasal pokok Gelenggang ni cite lak pasal gelanggang. Sebenarnya tak ada kena mengenapun tapi seperti kita tahu gelanggang adalah satu tempat untuk beraksi dalam apa acara sukan atau apa2 yg melibatkan aksi. Ada gelanggang bola sepak, gelanggang batminton dan juga gelanggang silat. Sesetengah seni ini apabila untuk membuka satu2 gelanggang memerlukan sedikit upacara. Mcm upacara perasmian jugalah kan. Tapi gelanggang adalah medan dimana penetuan byk acara untuk mengetahui siapa hebat dan terbaik. Dalam byk2 gelanggang satu gelanggang ni ramai suka tgk dan gelak nak tahu Gelanggang Raja Lawak akan menemui anda musim ke 5 hehehehhehe..... Selamat Berblog.

2 ulasan:

  1. gelanggang raja gelek xde ke uols?? mihahahahaha

    BalasPadam
  2. hahaha tak pernah dengor lak pokok ni.

    byk pokok dkt malaysia berpotensi utk dijadikan ubat moden cuma tak dikaji secara lebih mendalam je kandungannye

    BalasPadam