Pendapat

Berkaitan No 4 - [Pendapat]

Jumaat, September 24, 2010 Mahamahu 3 Comments

 
Sebut je 4 mesti ramai terfikir satu benda ini iaitu iPhone 4. Seibuk start dari hari semalam semua sudah mula mempromosikan iPhone 4 yg dinantikan oleh semua peminat2 di Malaysia. Semua penyedia khidmat panggilan di Malaysia telah mula bersaing dalam memastikan bahawa pengguna tempatan tidak ketinggalan dalam khidmat mereka bersama peranti baru ini. Mereka telah mula mempromosi khidmat masing-masing adalah yg terbaik dan termurah itu penting. Kepada semua pengguna anda harus pandai memilih dan juga memastikan bukan sahaja murah malah perkihdmatan mereka adalah yg terbaik. Jadi pengguna bijak dalam memilih. 
 

Selain itu juga, huruf 4 ini juga teringat kita kepada sebuah laman muat turun paling popular. Kita selalu menggunakanya ia dikenali sebagai 4Shared. Tidak kira lah terbaru ker atau yg sudah berzaman lamanya semua lagu MP3 ada kat sini. Nak cari lagu yg tak pernah dgr pun ada kat sini. Ia menyediakan lebih dari jutaan muzik dan ada juga video untuk ada. Tapi kepada pengguna kena lah pandai menggunakannya bukan ke arah yg salah dan mencari perkara2 yg tidak patut. Di sini juga ada menyediakan khidmat storan data anda dan juga perkongsian fail percuma. Kalau nak tahu kena layari dan juga daftar ok.

 
Pasti ramai tahukan kenapa kebanyakan bangunan atau rumah yg dibina tinggi tiada no 4 atau 13? Itu adalah  kerana menurut kepercayaan masyarakat Cina dari golongan Tionghua, no ini membawa malang atau nasib yg tidak baik dan ada juga mengangap ia nombor kematian. So sebab itu lah kita kadang2 melihat bangunan yg tinggi memiliki lif pasti diganti dengan no 3A atau 12A untuk tingkat 4 dan 13. Betul tak? Itu kepercayaan masing2 lah terpulang kepada mereka tapi bagi org Islam mempercayainya adalah satu kurafat.


Satu lagi perkara yg berkaitan dengan no 4 ni. Yang ni lagi lah kurafat dan haram di sisi Islam untuk mereka yg beragama Islam sajalah. Tak lain tak lain tak bukan no ramalan 4D atau kita lebih kenali no ekor. Kita dapat lihat byk sgt agent2 atau pusat2 no ramalan ini tumbuh bagai cendawan kembang selepas hujan. Ada juga sanggup bertaruh beribu2 ringgit untuk hanya sekadar no ada pulak menggunakan no pendaftaran kenderaan sebagai no untuk bertaruh. Aku tak tahu sgt tentang no 4D ni. Harap2 masyarakat kita sedara akan kerugian hanya menghabiskan duit kepada no ekor ini, yg kaya pastinya tokei kedai no ekor juga huhuhuhu.




   

3 ulasan:

  1. nombor 4 hmm yg aku tahu aku lebih suka nombor 3, sbb aku anak ketiga. mungkin nombor ketiga tidak ada istimewanya seperti nombor satu tapi paling tidak nombor 3 adalah nombor salah satu nombor juara.

    dari kecik aku tak pernah dpt nombor satu, paling hebat no 2 tu je la.

    nombor 3 lagi unik sbb ianya ganjil dan lebih banyak dari 1, sekian

    BalasPadam
  2. klassss...siap sudip aku agi kat blog aku kannnnnn

    BalasPadam