Hiburan

Lepas Satu-Satu Apa Lagi Tok Ti? - [Hiburan]

Jumaat, Ogos 20, 2010 Mahamahu 14 Comments


Sebelum ni buat entry pasal diva no satu negara ini telah berbaik dengan diva vateren apabila kes mereka sebelum ni selesai dibulan mulia. Untuk membaca entry itu klik kat sini. Kini Dato Siti Nurhaliza telah membuat satu lagi kejutan dengan melahirkan single terbarunya sempena bulan mulia ni dan untuk lebaran yg akan tiba. Wah terkejut gak ingat apa lak gosip panas yg Tok Ti ni nak buat heheheheh jng marah. Single gandingan trio 3 beradik yg cukup sinonim ini iaitu Saerah dan Saidah pasti akan terus menjadi dendangan di corong2 radio seluruh negara. "Panggilan" itu lah tajuk single yg dilahirkan sempena hari raya ini hasil ciptaan Audi Mok dan juga lirik dari seorang yg puiti siapa lagi kalau bukan Ahmad Fitri Yahya.


Menurut kata Dato Siti Nurhaliza lagi "Selera pendengar semakin lama semakin berubah. Jadi Audi Mok menghasilkan alunan yang banyak berubah dari kebiasaan lagu raya. Kalau kita lihat lagu raya dulu-dulu yang evergreen pun, ia berbeza-beza mengikut alunan masing-masing. Apa yang membuatkan lagu tu kekal lama adalah irama serya liriknya yang senang didengar". Pasti nya hasil karya ini akan menjanjikan satu lagi yg terbaik dari beliau dan juga syarikatnya SNP. Pastinya perbezaan ketara dengan lagu2 raya sebelum ini seperti Sesuci Lebaran, Nazam Lebaran dan byk lagi.

Pasti ramai tidak sabar menantikan lagu ini untuk didengarkan kehebatan serta kelunakan suara gabungan trio ini. Tunggu sahaja akan dimainkan selepas separuh bulan kita berpuasa. So pasti lah lepas ini ramai yg akan jadikan ia ringtone atau caller ringtone sempena dengan bulan yg mulia akan dtg ini. Nak cari lagu tu tak jumpa lak dalam youtube so tunggu aja nanti ok. Dengar cite Dato Siti juga akan menerbitkan album terbarunya hujung tahun ini so semua peminat tunggu kemunculannya. Selamat Berpuasa.




14 ulasan:

  1. ohh.. saya lagu tok ti . (:

    BalasPadam
  2. lagu raya skunk ni dh tak best compared dgn yg dulu..

    BalasPadam
  3. panggilan?

    ok la tu,audi mok buat lagu best!

    BalasPadam
  4. suka lagu sesuci lebaran

    BalasPadam
  5. suka sume lagu raya tok ti!!
    tok ti kelasss..the diva no 1 malaysia

    BalasPadam
  6. minat tok ti..dia yang terbaik...

    BalasPadam
  7. dah dgr versi live..
    sedappp..

    BalasPadam
  8. yeay :D
    dah lama tak dengar lagu raya baru~!

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama20 Ogos, 2010

    x dengar lagi lagu siti yg baru nie...

    BalasPadam
  10. Gerrard respect Datuk SITI^^

    BalasPadam
  11. Tak sabar nak tunggu ni. Hehehe.

    BalasPadam
  12. DKDM menyinggah.. alahai terkenang plak raya dikampung halaman, tiga tahun tak beraya dikampung.. :(

    BalasPadam