Renungan

Manusia Tiada Kegerunan- [Renungan]

Isnin, Ogos 16, 2010 Mahamahu 6 Comments


Salam dan selamat sejahtera kepada semua umat Islam dan juga kepada semua yg sedang berpuasa. Bulan Ramadhan terus berlalu hari demi hari meninggalkan kita. Semoga kita akan terus mengejar keberkatan dari bulan yg mulia ini untuk mencari sinar cahaya di akhirat nanti. Namun itu bukan lah topik utama yg ingin dikatakan disini, itu hanya sedikit amalan yg ditinggalkan untuk kita mencari kebenaran dalam hidup ini. Bagi mereka yg sedar akan kekurangan diri sendiri dan juga yg insaf untuk membaiki diri setelah menjalani hari2 yg penuh noda dan dosa.


Tapi bagi  manusia yg tiada kegerunan seperti tajuk entry hari ini dimanakah akan dtg keinsafan dalam diri mereka. Bilakan akan mereka sedar bahawa dunia hanya pinjaman dan keseronokan hanya tiket untuk ditempatkan dineraka jahanam. Bukan nak salahkan kepada mereka yg nak berhibur, cuma yg salah kepada mereka yg tidak pernah insaf untuk melakukan 'double' kesalah di dunia ini. Apa yg saya cuba maksudkan disini adalah keaiban manusia yg terus menjadi barah dlm masyarakat kita. Hari2 boleh dilihat terpampar kisah pembuangan bayi terus menjadi isu utama, malah makin di gembar-gembur makin menjadi2 tak kira bila dan dimana jua.

Maksudnya sekarang manusia kita ini lebih kejam dari zaman Jahiliah yg selalu kita dengar tetang keburukannya dan juga kerakusan yg sanggup menanam anak perempuan hidup2  Tetapi masyarakat kita sekarang lebih lagi 'double' kejam, dimana bayi itu dibuang ditempat yg paling hina dalam dunia ini. Kita dengar bayi dibuang didalam sungai, bayi dibuang di dalam tong sampah malah lebih terus bayi dibuang dalam lubang najis 'MasyaAllah Nauzubillah'. Zalimnya manusia sekrang kejamnyer manusia sekrang tiada tandingan daripada masyarakat jahiliah. Adakah ini petanda kita akan kembali kezaman jahiliah dimana masyarakatnya taida agama tiada pegangan semua hanya mengikut nafsu sarakah.

Manusia sekrang rasa seolah2 ia hanya sekadar membuang segumpal sampah sahaja apabila membuang bayi yg mereka kandungkan. Tiada sedetikpun rasa takut, tiada sedetik pun rasa simpati malah tiada sedetikpun rasa gentar pada kesalahan yg mereka lakukan. Dua kesalah bagi mereka yg melakukan perkara terkutuk ini pertama menjalinkan hubungan haram yg pastinya hukuman rejam dalam Islam dan juga membuang bayi yg mereka kandungkan yg tidak berdoa yg bersih suci murni dari kesalahan. Memang sepatutnyalah hukuman mati bagi meraka yg melakukan kesalahan ini. 

Mungkin bagi sesetengan org membaca entry ini menganggap ia ditulis denga penuh emosi akibat kemarahan, tetapi itu lah hakikatnya. Kita tidak boleh lagi menganggap ia sesuatu perkara mainan. Sepatutnya hukuman mati yg telah dicadangkan oleh pihak berwajib telah dilaksanakan 10 tahun dahulu. Supaya sekrang tiada lagi perkara memalukan ini berleluasa. Biar menjadi pengajaran dan keinsafan kepada mereka yg ingin mencuba. Bukan menunggu keadaan menjadi lebih parah dan tidak terkawal baru mahu bertindak. Tidak mahu salahkan mana2 pihak, adakah mereka yg melakukan perbuatan terkutuk ini rasa gentar, rasa gerun, tidak. Sedangkan hukuman Allah yg paling digeruni yg memang nyata dan hakiki sanggup di ingkari inikan pula hukuman ciptaan manusia yg hanya didunia sahaja. Cukupkah ini untuk menggerunkan mereka dari terus menjadikan bayi2 tidak berdosa itu sebagai bahan lemparan?

Tepuk dada tanya hati. Bulan puasa ini kes2 buangan bayi menjadi2 itu yg paling sedih. Byangkan 8 org bayi dibuang dalam masa sebulan, itu anggaran yg dibuat setelah mengambil kira purata kes2 buang bayi di negara kita. Mana perginya keinsafan, mana perginya agama dalam diri mereka. Tak guna kalau membebel panjang tapi tiada keinsafan dalam diri mereka yg membuatnya. Kita masyarakat juga kena jaga tepi kain org. Ambil tahu perkara yg akan menjadi luka dalam masyarakat ini. Jng lah melindungi mereka yg telah telanjur kera pasti mereke yg melindungi itu, tergolong dlm mereka2 yg bersubahat dan seharusnya hukuman berat juga kepada meraka yg bersubahat.

Semoga menjadi iktibar dan renungan kita bersama. Membuat yg baik dan meninggalkan yg buruk. menjadikan bulan mulia ini titik permualaan membentuk diri dan mengubah menjadi insan paling berguna didunia dan di akhirat. Insyallah. 


6 ulasan:

  1. Audzubillah min Zalik... semoga kita dijauhi dari sifat seperti itu.. trims untuk pencerahannya pagi ini sob.. ^_^

    BalasPadam
  2. ya ALLAH jauhkan lah hambamu ini dgn sifat2 kejam...

    BalasPadam
  3. ya... untuk peringatan kita bersama....

    BalasPadam
  4. Kes buang bayi itu berpunca dari satu je. Zina makin berleluasa. Semoga kita dapat hindarkan diri dari dosa besar tu....

    BalasPadam
  5. moga kita semua kembali kepada MAHA PENCIPTA...amin

    BalasPadam
  6. Terima kasih atas perkongsian peringatan ini.

    BalasPadam