Pengumuman

Keputusan Akhir

Rabu, Ogos 04, 2010 Mahamahu 0 Comments

Semalam kita telah ketahui keputusan akhir Majlis Tilawah Al Quran peringkat antarabangsa yang telah berlangsung di PWTC Kuala Lumpur yang bertemakan "Memantap Ukhuwah  Memperkasa Ummah" .Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Yang Dipetuan Agung Tuanku Mizan Zainal Abidin semalam. Seperti sedia maklum Malaysia kali ini tidak berjaya mempertahankan kejuaraannya sebelum ini dan hanya akur di tempat kedua bagi kategori Qari. Manakala juara Qari pula telah dimenangi oleh peserta dari Mesir Hani Abdel Aziz Ahmed. Bagi tempat ketiga pulak telah dimenangi oleh Qari daripada Filiphina.

Untuk peserta ketegori Qariah pula telah dimenangi oleh Qariah dari Pakistan Samiah Khanan. Manakala bagi tempat kedua telah dimenangi oleh peserta dari Brunei dan ketiga peserta dari Filiphina. Menunjukkan bahawa peserta dari Asia tenggara bejaya menguasai majlis pada mlm tersebut. Disini menunjukkan bahawa peserta lain telah mampu membuat saingan kepada peserta dari Malaysia yg sebelum ni selalu menguasai majlis Tilawah seperti ini.

Juara Qari dan Qariah membawa pulang wang tunai bernilai RM32,000 atau US$10,000. Manakala naib johan pulak membawa pulang RM22, 382 atau US$7,000. Di tempat ketiga menerima US$4,000 atau RM12,790. Hadiah2 sampingan lain ialah, piala, cenderamata dan sijil. Bagi hadiah saguhati pula menerima US$1,500 (RM4,796.26) setiap seorang. 

Tahniah di ucapkan kepada para pemenang dan kepada yg tida berjaya teruskan mengalunkan ayat2 Al Quran sempena dengan bulan Ramadhan yang bakal menjelang tidak lama lagi. Semoga kita terus mendapat keberkatan serta rahmat dari yang Maha Esa kerana menyerikan bulan yg penuh barakah ini. Selamat menyambut bulan Ramadhan Almubarak.







0 Pandangan: