Dirumah Tak Semestinya Bebas - [Khidmat]


Terlintas di minda setelah terdgr dan terbaca isu tentang kes buang bayi sekrang makin menjadi2. Malah dikatakan remaja perempuan bermula pada peringkat 13 tahun melahirkan anak di Malaysia secara haram. Namu tidak boleh dikatakan bahawa sekrang anak2 kita berada didalam keadaan selamat walaupun beliau berada dihadapan mata dan bersama kita. Mengikut perangkaan hampir 70% kes masalah remaja sekrang berpunca daripada kecanggihan teknologi. Bukan nak salahkan teknologi sepenuhnya tapi byk faktor yg boleh dilihat dan dijadikan jalan penyelesaian. 


Hampir separuh remaja sekolah sekrang mampu memiliki telephone bimbit sendiri tak kisahlah diberi oleh ibu bapa atau dibeli sendiri dari hasil duit kumpul. Namun teknologi sekecil ini lah yg mampu menjadi punca kepada masalah yg lebih besar lagi. Dan juga boleh dikatakan bahawa kebanyakan rumah telah mempunya kemudahan internet secara wayar atau broadband. Di situ juga adalah satu faktor yg juga telah menjadikan isu ini lebih meningkat.

Sebelum ini, ibu bapa akan berasa lebih risau sekiranya anak mereka berada diluar rumah tidak kira lah siang atau mlm. Ia lah kita akan kaitkan masalah sosial apabila anak kita bergaul bebas diluar kerana mudah tepengaruh dengn kawn2 meraka. Namun sekrang ibubapa harus lebih risau sekiranya anak mereka berada dirumah juga. Ini kerana belandaskan kemudahan teknologi anak2 lebih mudah dan dekat untuk bersosial dengan ruang sosial yg lebih luas dan lebih menjadi2 sekrang. Bukan hanya Facebook, Myspace, Tagged, Friendster malah blog juga boleh menjadi satu element yg dijadikan tempat untuk bersosial. 


Ini adalah menjadi pendorong untuk remaja mencari kawan berborak dan juga meluah perasaan secara online. Berkanalan hanya dengan berchating pada mulanya diteruskan dengan sms setelah bertukar no. Apabila hubungan menjadi lebih rapat anak2 akan mudah mengikut mula nak berkenalan dan nak berjumpa yer lah kenal dlm chating tak berapa real. Akhirnya bertemu muka dan berlaku durja nestapa tanpa diduga, seperti pengakuan seorang remaja wanita yg didedahkan media pernah bersetubuh lebih dari 20 org  yg dikenali masyAllah. Begitu mudah jer kan pengaruh teknologi kepad remaja sekrang.

Malah remaja sekolah yg bertelephone bimbit juga menjadi faktor lebih untuk terjebak dalam kudis masyarakat ini. Semua in dpt kita lihat setelah dalam akhbar dan berita sendiri menyatakan tidak kurang dari 40 video porno yg terdapat dlm phone remaja2 sekolah sekrang. Memang bukan semua tapi mula tumpang tengok dan akhirnya pasti akan ada yg simpan untuk koleksi peribadi. Bukan apa2 sekdar pemuas nafsu sahaja katanya. Apa nak jadi dengan remaja sekrang. 

Dari isu ini susah nak kata bahawa anak2 remaja sekrang bebas dari perkara2 yg tidak sihat ini walaupun meraka berada di depan mata kita sendiri. Kerana segala perkara boleh digunakan sebagai element mereka untuk mendapat apa yg dikatakan "ikutan nafsu" semata2. So ibubapa dirumah dan guru disekolah harus lebih peka dalam masalah ini dengan mengambil tidak yg sewajarnya untuk memastikan anak2 kita ini bebas dari perkara yg boleh mempengaruhi meraka terjebak dalm masalah sosial ini. Mungkin juga pihak2 berwajib harus mencari satu fomula untuk memastikan teknologi yg digunakan kita sekrang selamat dan mempunyai skurang2nya filter kepada perkara2 yg boleh meningkatkan gejala tidak bermoral ini.





   

4 comments.. read them below or add one

Shukjessa Shukjessa 02 August, 2010
kalo bab2 melibatkan masalah sosial ni aku lebih suka mnunding jari kepada keluarga itu sendiri dan kepada si pelakunya.

guru? siapakah mereka? marah atau tegur diakhiri dengan perbuatan khianat, malah ada lebih teruk kena pukul.

seperti yg selalu diperingatkan kepada kita oleh alim ulama dan para ustaz, jagalah sumber rezeki mu kerana dari situlah ia akan membentuk darah dagingmu yang mana haram sumbernya maka haramlah darah daging yang mengalir. dan jika anak-anak membuat kesilapan, ibu bapa patut bertanyakan diri sendiri, sikap kami bagaimana? sumber rezeki kami bagaimana? adakah kami isikan masa dengan anak-anak dengan sesuatu yang berguna seperti ilmu agama?

Adakah kami mengajar mereka erti aurat? erti wanita dan lelaki? erti apa itu dosa pahala? kenapa perlu hindari itu dan ini?

dan jika kita hanya bertanyakan anak-anak "Belajar apa hari ini di sekolah?", ingatlah tak semuanya perlu diajar oleh guru. Ilmu agama seelok-eloknya diajar sendiri oleh ibubapa itu sendiri supaya kita tidak lepas tangan dalam mendidik darah daging kita sendiri.

tak perlu ikuti contoh orang barat 'mereka perlu belajar dari kesilapan mereka sendiri' kerana tak semuanya mereka perlu ulang lagi.
TTT TTT 02 August, 2010
betul3!
teknologi ada baik n buruknye
AZIZUL HASIMIE OSMAN AZIZUL HASIMIE OSMAN 03 August, 2010
assalamualaikum wbt dan salam satu msia...

berdirinya saya disini ingin mympaikan pidato yg btajuk KEMAJUAN TEKNOLOGI MASA KINI MENGUNDANG MASALAH SOSIAL DI KALANGAN REMAJA...

hujah saya yg pertama...bla bla bla
sekian terima kasih

***sila tepuk utk tuan tanah..beliaw meberi nasihat yg sgt bguna kpd msyrakat
akuvision akuvision 04 August, 2010
semuanya bergantung kepada niat dan tindakan individu, pro dn kontra kita yang mencoraknya.