Article

Blackberry Mungkin Diharamkan - [Article]

Rabu, Ogos 04, 2010 Mahamahu 14 Comments


Terkejut kan kalau dgr statment dari entry ni. Kalau lah betul pengumuman ini akan dikeluarkan apa akan jadi pada pengguna Blackberry. Mesti akan buat tuntutan gantirugi and terpaksa lah beli phone baru. Mungkin juga akan mengurangkan masalah sosial yg mudah dibawa oleh peranti ini.


Tapi ni bukanlah situasi yg bakal berlaku di negara kita Malaysia. Ia adalah satu daripada isu yg telah berlaku di sebuah negara di Asia Barat. Mengikut daripada laporan berita yg aku baca ni bahawa negara tersebut akan menggantung khidmat Blackberry dinegaranya kerana tidak memenuhi beberapa syarat yg dikehendaki. Negara tersebut ialah Arab Saudi yg telah mengenakan syarat kepada pengeluar product Blackberrynya kerana bimbang ia akan keselamatan negaranya

Menurut laporan dari penulis berita di akhbar ini "Perkhidmatan itu dihentikan sehingga permintaan itu dipenuhi," kata CITC. Pengumuman itu mengesahkan laporan awal sebelum ini bahawa kerajaan Arab Saudi akan mengikuti langkah Emeriyah Arab bersatu (UAE) untuk mengharamkan perkhidmatan BlackBerry yang ketika ini tidak boleh dipantau oleh pihak berkuasa keselamatan. Ahad lalu, Kerajaan UAE berkata, pihaknya akan menyekat perkhidmatan mesej, emel dan capaian internet BlackBerry mulai 11 Oktober bagi tujuan keselamatan negara sehingga ia memenuhi peraturan yang ditetapkan. 
Sampai begitu sekali kerajaan negara tersebut buat semata2 untuk menjaga negaranya dari sebarang perkara yg tidak baik. Tak tahu lah apa yg boleh dibuat oleh telephone tersebut sampai kena haram lak penggunaannya. Mungkin masalah telephone yg selalu digunakan untuk menjadi bahan letopan atau bom yg selalu kita dengar berlaku dinegara2 Asia Barat tersebut. Kalau boleh iPhone pun kena buat tindakan yg sama.

Tapi mungkin bagi kerajaan kita kena ambil inisiatif untuk memastikan bahawa peranti ini digunakan kearah yg sihat dan baik tak lah berlakau masalah gejala sosial seperti yg aku laporkan dalam entry ini. Sebab di Malaysia sahaja pengguna Blackberry dah terlalu ramai dan ia mampu untuk mengakses apa sahaja. Tepuk dada tanya selera ok.


Click here to get your free mobile phone or apple ipod


14 ulasan:

  1. ish kalo blackberry diharamkan kt mesia nie...ramai kedai hp bengkrap...huhu

    BalasPadam
  2. phone xslh, pengguna harus diberi kesedaran tentang keburukan jika slh aplikasikan kemudahan..

    BalasPadam
  3. macam-macam hal la pulak! kecanggihan yang membawa mudarat hehe..

    BalasPadam
  4. woww, maklumat berguna nie. nanti update kenapa di haramkan yer

    BalasPadam
  5. ape la...blackebrry tu xbesalah..yg besalah pengguna ny aje..apo laa...

    :p

    BalasPadam
  6. guna la plak strawberry .

    BalasPadam
  7. jgnnnnnnn haramkan BB....jangannnnnnnnnnnn

    BalasPadam
  8. yg bersalah adalah si penggunanya...bukan BB yg salah..tech dicipta unt kemudahan tp jgn disalahgunakan

    BalasPadam
  9. sokong DD.. jangan haramkan itu BB.. kesian kat aku yang anti sosial ini :(

    BalasPadam
  10. sib baik bukan kat sini. kalau idak..kena jual la BB tu n pakai balik nokia yang lama

    BalasPadam
  11. Tanpa Nama07 Ogos, 2010

    knpa dia orang tak haramkan komputer..itu lagi merbahaya dari blackberry. terpulang dari individiu itu, nak baik atau buruk pilihan di tangan mereka.

    BalasPadam
  12. pengharaman dibuat sbb pengedar x ikut syarat yg ditetapkan..
    setuju dgn rakan lain, semua bergantung kpd pengguna

    BalasPadam
  13. tengah kumpul duit nk beli BB.. jgn da cukup nnt msia haramkan gak sudah.. memang saje je la mintak sekeh..

    BalasPadam
  14. kat Msia nie ramai pengguna BB tau,
    tapi rasanya kat Msia x kena kowt,
    mudah2an...

    BalasPadam