Kerohanian

'Kad Nafsu' Antara Kemahuan dan Keperluan - [Kerohanian]

Jumaat, Julai 30, 2010 Mahamahu 13 Comments


Aku ada terbaca artikel dlm sebuah akhbar tempatan dimana mengisukan masalah kad nafsu atau lebih dikenali sebagai "Kad Kredit". Dari kupasan isu ini menyatakan bahawa kad kredit adalah tidak menepati kehendak Islam. Penulis telah menyatakan beberapa ciri yg dikatakan tidak menepati kehendak Islam adalah seperti ia menggalakkan 'Leverage' melampau dimana ia adalah pendorong kepada kehendak yg melebihi kemampuan pengguna untuk bebelanja. Maksudnya kita membeli pada yg tidak semampu kita tapi kerana kad kredit kita membeli dengan cara berhutang.

Dr Elizebeth juga telah menyatakan "Pengeluar kad juga biasanya mensasarkan golongan pertengahan (middle class) yg berpotensi besar untuk menangguh pembayaran serta tidak berkemampuan membayar penuh setiap bulan"


Jika dilihat pada ketika ini, individu berpendapatan RM2,500 sebulan layak memiliki sekeping kad kredit yang pastinya had kegunaannya melebihi pendapatan diterima setiap bulan dan ia belum lagi ditolak beban kewangan serta tanggungannya. Jadi, kad ini boleh dianggap sebagai kad plastik ‘untuk melayan nafsu berbelanja secara tidak terkawal’ berikutan ia boleh merangsang nafsu berbelanja pemegang kad itu walaupun pada mulanya mereka mampu mengawal kegunaannya. 
Namun, untuk satu tempoh tertentu, pemegang kad kredit pasti tewas dalam mengawal nafsu membeli-belah dan menangguh bayaran. Jelas boleh dilihat di sini, kad kredit tidak ubah seperti satu "jerangkap samar" yang hanya menunggu sedikit kelalaian pengguna, di mana ia akan meninggalkan kesakitan kepada individu yang terkena helah di sebalik penggunaannya. 
So sekarang tak kira lah kad dari mana bank sekali pun bank yg berteraskan Islam pun juga turun mengamalkan sistem kad kredit yg sama dimana keuntungan melalui riba yg dikenakan kepada pengguna yg lambat membuat pembayaran. Tak kisah lah kita nak guna kad kredit atau tidak tetapi sejauh mana kita tahu kebaikan dan keburukan kepada kita agar dapat kita jauhinya. Tepuk dada tanya akal.
Sama-sama kita renungkan dan selamat berblog.....




13 ulasan:

  1. dia camni la, kalo kita tak pernah langsung guna dan hanya tengok orang dan dengar cerita memang kita akan kata kredit kad ni tak bawa apa-apa manfaat pun.

    tapi untuk yang pernah gunanya, mereka akan kata ia banyak manfaat.

    aku hanya ingin kongsi manfaat dari segi golongan pertengahan.

    1. memudahkan pembelian secara antarabangsa, dalam negara atau ingin membelinya secara pantas atas sebab mustahak atau ianya adalah limited edition.

    2. menempah sesuatu seperti booking hotel, tiket cinema dan lain-lain yang memerlukan kad kredit.

    3. saat membeli barang tapi duit tak cukup.

    mungkin ianya tidak banyak namun bagi aku hemah pengguna itu sendiri yang perlu dititikberatkan.

    mereka perlu berfikir panjang dan bertata tertib dalam penggunaan kad kredit. gunakanlah kad kredit tikala perlu yakni memang perlu guna kad kredit sahaja BUKAN jadikan KEBIASAAN ketika membeli belah.

    belia byk guna kad kredit sebab nak fame je, sebb tu byk yg muflis

    BalasPadam
  2. ada betulnya kata2 shukjessa, contohnya saya, berada diperantau sudah lama. Seringkali menunggu Air Asia membuat promosi penerbangan BAYAR TAX saja. Promosi2 seperti ini tidak akan menunggu anda menerima gaji, kadangkala dipertengahan bulan?atau di masa anda tidak mempunyai wang yang mencukupi. Jadi, dalam situasi seperti ini, kad kredit adalah amat diperlukan. Caranya mudah, kita buat pembelian secara online menggunakan kad kredit, dan membuat pembayaran balik tanpa kurang tanpa lebih selepas anda menerima gaji. Disini anda sudah dapat menjimatkan kos, dan interest pun xde. kalau faham la apa yg saya katakan ini.

    bagi mereka yang kuat berbelanja dan jenis yang suka bersaing dengan rakan2 atau suka menunjuk2 dan berlagak hidup seperti orang kaya, mmg sukar nak melarang orang spt mereka. Akibat berbelanja tanpa berfikir, ramai yang diisytiharkan muflis.

    Tetapi kalau nak pergi tengok wayang pun guna kad kredit... xtau la nak cakap apa. Lebih baik guna cash money. Kad kredit ini lebih elok digunakan utk pembelian yang melibatkan jumlah wang yg banyak.

    BalasPadam
  3. pergh memang dah kena jerat nie... perit weii...

    BalasPadam
  4. Terima Kasih Atas Ingatan :)

    BalasPadam
  5. hehe tapi kalo nak tengok wayang cerita tengah box office kene guna kad kredit, kalo tak tunggu je la bila filem tu dah suam2 kuku haha

    BalasPadam
  6. selalu pakai credit card tuk petrol jek....huhu

    BalasPadam
  7. yang idup sederhana, gaji rendah tu idop lagi aman kan..

    BalasPadam
  8. nama pon kad kredit. selagi ada dalam wallet, selagi tuh la pakai sampai abes duit. haihh

    BalasPadam
  9. aku tak guna pon kad kredit pon...rasanyer memang bahaya..takot terjerat dengan hutang2 yg menimbun...tapi bila aku bakal bekerja nanti,mest xkan terlepas dr gne kad nafsu tuh???

    jom bace entri terbaru nas klik:

    keyword minggu nie pelik-pelik

    BalasPadam
  10. kalau kiter guna ngan berhati2..iany tak menyusahkan.

    duduk jauh dari family macam akak ni mmg perlukan kad kredit. selalu nya kalau ada kes tertentu. cth..family call je cakap saudara kat sana sakit or meningga..kad kredit mmg diperlukan dalam situasi camni

    mana nak cekau cash money ribu2 tuk tiket flight.

    BalasPadam
  11. aku ada kat snax kfc, kad sunrise kfc pon ada..lalalala

    BalasPadam
  12. abgku pon dah terkena hampir muflis gara2 pkai byk sgt kad kredit then dgr sgt ckp bini belanjer sakan,padanlah muke...:p

    BalasPadam

  13. Apakah Anda membutuhkan pinjaman untuk membayar tagihan, mengembangkan bisnis skala kecil atau menengah Anda? Ibu Elizabeth Louis Pinjaman Perusahaan memberikan kesempatan untuk membuat impian Anda menjadi kenyataan dengan memberikan pinjaman kepada individu swasta atau pemerintah dan Perusahaan dengan tingkat bunga 2% untuk awal untuk setiap jumlah yang dibutuhkan dan dengan jadwal pembayaran yang fleksibel. Hubungi Ibu Elizabeth Louis untuk LOAN Anda hari ini melalui email: elizabethlouisloancompany@gmail.com

    BalasPadam