Perubatan

Dukung Anak - [Perubatan]

Selasa, Julai 27, 2010 Mahamahu 7 Comments

Seperti kita tahu sebagai seorang ibu kenikmatan dan keseronokan apabila menerima cahaya mata adalah satu nikmat yg tidak dpt dilupakan. Rasa tambah kasih syg antara anak dan ibu apabila di eratkan dengan sentuhan sewaktu mendukung anak tersebut. Ini adalah satu cara bagaimana seorang ibu menunjukkan rasa kasih syg kepada anaknya dan bagaimana si anak rasa lebih selamat dan selesa dalam dakapan si ibu. 


Namun itu cuma cebisan, yg nak cite kat sini pasal satu nama tumbuhan herba yg ada dinegara kita yg juga lebih dikenali sebagai "Dukung Anak" atau nama saintifiknya "Phyllanthus Niruri". Ia antara tumbuhan liar yg paling mudah tumbuh dikawasan yang tanahnya agak keras, seperti dicelah retakan simen. Juga boleh didapati di kawasan kebun-kebun sayur dan tanah terbiar. 


Mempunyai bentuk fizikal daun yg lebih kecil berwarna hijau yang agak gelap dan tersusun berselang seli dengan jarak lebih kurang 6-10mm. Ia mempunyai bunga yang berwarna putih kekuningan dan satu tangkai bunga mempunya bunga-bunga kecil yang banyak. Terdapat 2 jenis pokok dukung anak dimana satu batangnya merah rasanya sedikit pahit dan kelat. Manakal satu lagi berbatang putih rasanya lebih sedap dan sangat sesuai dijadikan ubat penyakit buah pinggang.

 Rupa sebenar Pokok Dukung Anak

Kegunaan

Dari segi rawatan pokok ini paling byk berguna dari akar, batang, daun, buah dan juga bunga semuanya berguna. Dalam perubatan Ayurveda ia digunakan sebagai penghilang dahaga, bronchitis, kusta, anemia, penyakit kelenjar kencing, anuria dan asma. Boleh juga digunakan untuk mengubat penyakit berak berdarah(dysentery) yang kronik. Buahnya digunakan untuk mengubati luka, kerengsaan, penyakit kudis buta (scabies) dan kurap. Akarnya pula (yang masih segar) adalah penawar yang berkesan untuk penyakit kuning (jaundice) terutamanya pada bayi yang baru lahir. 


Cara penggunaannya, dimana daunnya di tumbuk lumat dan dicampur dengan sedikit garam dapur boleh merawat jangkitan kudis buta (scabies). Jika tidak dicampur garam ia boleh ditampal pada luka dan lebam serta juga boleh digunakan untuk merawat bisa gigitan ular. Untuk rawatan sakit buah pinggang caranya dengan blender semua bahagian pokok dan minum sebelum tidur kesan sangat cepat perubahan dapat dilihat sesudah bangun dari tidur.

*Semua rawatan perlu mendapatkan rujukan dari doktor pakar sebelum terus digunakan. Rujuk www.melur.com




7 ulasan:

  1. hahaha tgok tajuk camne nk dukung anak ye....skali nama tumbuh2 an gtew...

    gud info

    BalasPadam
  2. haha ingat apa tadi..rupanya pokok...

    BalasPadam
  3. 1st time dgr nama tumbuhan gitu..

    BalasPadam
  4. huih..leh buat ubat...info yg bagos bro..tenkiu2...

    singgah menyinggah! =)

    My Blog

    BalasPadam
  5. lorhh, bende nie le wat ubat gak.
    orang benci gile kot pokok nie.
    suke nyebok kat pokok2 bunge dlm pasu tu.
    hehe..

    BalasPadam
  6. Dulunya udah direbus cuba minum 3 hari.wah,pagi2 keras dan segar anunya.cuba dulu baru tau.

    BalasPadam
  7. Mana produk pokok dukung anak

    BalasPadam