Perubatan

CEKUR - [Perubatan]

Khamis, Jun 03, 2010 Mahamahu 3 Comments






PENGENALAN

Kali ini kita mengenali lagi satu jenis herba yg selalu digunakan untuk perubatan tradisional di Malaysia. Cekur atau nama saintifiknya "Kaempferia galangal" atau kadang kadang dipanggil Kencur di sesetengah negara adalah sejenis herba yg tumbuh melebar di atas tanah. Daunnya yg licin, berbentuk tirus dan tersusun padat dlm pasangan yang bertentangan adalah ciri2 utama pada fizikal tumbuhan ini. Hujung daun runcing, lebih kurang 16cm panjang, 8 cm lebar. Daunnya mempunyai sedikit aroma. Cekur tidak berbatang, mengeluarkan bunga berwarna putih-ungu. Akar/rizomnya bercabang-cabang, beraroma dan isinya berwarna kuning oren adalah dari keluarga tumbuhan halia yaini jenis berubi. Cekur bukan bahan penting dalam masakan tetapi selalu gunakan sebagai ramuan dalam masakan nasi kerabu kerana aromanya yg menarik.



KHASIAT & RAWATAN
Di negara-negara Asia Tenggara, rizom cekur dicampurkan dengan lada sulah, kayu manis dan madu untuk mengubati selsema. Ia dijadikan tonik untuk mengubati batuk kering dan bronchitis. Cekur juga dijadikan losyen untuk merawat sakit mata, sakit tekak, bengkak, demam, sakit dan sengal tulang.  Manakala untuk wanita baru bersalin, cekur dapt mengucupkan rahim dan menggalakkan pembuangan angin. Di Indonesia, akar cekur digunakan untuk merawat keracunan makanan, ulser mulut, batuk dan selsema. Di India, wangian daripada cekur digunakan untuk melindungi pakaian daripada serangga. Di Filipina, air rebusan akar cekur digunakan untuk merawat sakit perut disebabkan pencernaan makanan yang kurang baik. Air rebusan turut digunakan untuk membasuh rambut bagi mengatasi masalah kelemumur dan menghilangkan rasa gatal dan pedih akibat digigit ulat bulu. Di Thailand, cekur digunakan untuk merawat sakit kepala.



* untuk maklumat layari www.melur.com






    

3 ulasan:

  1. tq 4 sharing..tapi camne nak gunakan cekur nih???haha x pernah kenal pun pokok ni

    BalasPadam
  2. Cekur ni sedap campur masak lemak... tak tahu hasiat... main bantai masak je... hahahha

    BalasPadam
  3. mask leh, potong leh, rebus leh, mcm2 boleh buat...

    BalasPadam