Tidak se"GAH" Namanya! - [Hiburan]


Berakhir sudah sebuah program pertandingan muzik yg mempertaruhkan kehebatan pencipta lagu dan penulis lirik yg telah bertungkus-lumus menghasilkan karya bermutu tinggi. Tahniah di ucapakan kepada penulis lirik "Tak Mungkin Kerna Sayang" Habsah Hasan dan pencipta lagu Ajai apabila dinobatkan juara program GAH1 di RTM semalam. Berjaya menggondol wang tunai RM40,000 dan juga trofi, Aliyah pertama kali menyertai program ini, juga berjaya mengondol persembahan terbaik dengan membawa pulang RM10,000 berserta sijil.


Namun artis yg begitu sinonim dengan program2 RTM ini juga tidak kurang hebat apabila berjaya menjadi naib juara GAH1 dengan hadiah RM 30,000, lagunya "Cinta Adam & Hawa" ciptaan Azmeer lirik oleh Loloq yg dinyanyi gantikan oleh penyanyi bintang RTM sendiri Erni.


Serta tidak lupa kepada lagu paling popular melalu pilihan penonton menjadi milik "Kahtimah Cinta" kumpulan 6ixth Sense berjaya membawa pulang wang tunai RM 20,000. 

Itu tidak menjadi persoalan kepada apa yg telah nyata, namun mampukah sebuah medan itu menjadi ukuran untuk memastikan bahawa apa yg dipertontonkan adalah yg tebaik untuk semua pendengar dan peminat. Adakah ia sebuah platform yg termashur untuk menaik tarafkan muzik tempatan ke persada antarabangsa atau hanya jaguh kampung yg kita agung2kan.  

GAH1 menjadi satu simbolik nama yg pasti bila dengar kita akan rasa wahhhh hebat segah namanya. Namun masih seperti anak yg baru bertahtih untuk mengenal dunia, pada usianya setengah abad berlalu masih byk yg boleh dipertikaikan, dari segi muzik, stage, lokasi, pengurusan teknikal dan pengacaraan masih byk yg boleh dibetulkan sedangkan ramai tahu RTM adalah sebuah siaran yg begitu GAH di tanah air kita. 


Bukan mahu mengondem tapi sebagai penaik semangat agar siaran tanah air kita tidak terus ketinggalan oleh persaingan hebat siaran berbayar mahupun siaran swasta lain yg jauh lebih GAH. Tapi tabik kepada RTM masih mampu bersaing dan menjanjikan program yg boleh sedikit sebanyak menarik peminat dan penonton tempatan untuk terus menonton RTM.



3 comments.. read them below or add one

El-Zaffril El-Zaffril 31 May, 2010
Pergi sunway lagoon tengok ke?
MahaMahu MahaMahu 31 May, 2010
tgk dlm tv...
ni mesti sokong aliyah ni heheheheh..
syaf syaf 31 May, 2010
best ke gah 1 nie...x pemes pown,...
x de org nk tengok...mcm competion syok sendirik jerk..dah elok2 hitz1 nk bertukar tp nan ado